Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah SK Rantau Petronas yang telah berjaya merangkul tempat ke-4 dan ke-5 dalam pertandingan Spell It Right anjuran RHB dan News Straits Times yang berlangsung pada 6 Julai 2012 (Jumaat) bertempat di Terengganu Equestrian Resort (TER) baru-baru ini.
Sunday, 8 July 2012
Sunday, 17 June 2012
Karnival Pendidikan Prasekolah PKG Kemasik
17 Jun 2012 - Adik-adik cilik pra sekolah SK Rantau Petronas telah menyertai Karnival Pendidikan Prasekolah yang diadakan di SK Kijal pada 14 Jun (Khamis) yang lalu. Pelbagai acara dipertandingkan sepanjang berlangsungnya karnival tersebut. Antaranya pertandingan futsal, pertandingan senamrobik,pameran (booth),dan pertandingan mewarna. Karnival Prasekolah dimeriahkan dengan penyertaan prasekolah peringkat PKG Kemasik.
Program Mesra bersama YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia
16 Jun 2012 (Sabtu) -Seramai 15 orang ahli Kelab Kebudayaan SK Rantau Petronas telah membuat persembahan bersama kumpulan penari dari Akademi Tatihseni Malaysia yang diketuai penyanyi Noraniza Idris bersempena Program Mesra bersama YAB Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Pekan Pantai Kerteh. Ahli Kelab Kebudayaan sekolah sebelum ini telah menjalani latihan menari di Institut Kemahiran Belia Negera (IKBN) di Kemasik di bawah kelolaan Akademi Tatihseni Malaysia.
Sunday, 27 May 2012
Selamat Bercuti - Pertengahan Tahun 2012
Selamat bercuti kepada warga SK Rantau Petronas. Kepada pelajar-pelajar Tahun 6 ,manfaatkan cuti anda selama 2 minggu ini dengan sebaik-baiknya. UPSR bakal menjelma tidak lama lagi.
Utamakan keselamatan ketika bercuti, siapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh cikgu masing-masing.
S.E.L.A.M.A.T B.E.R.C.U.T.I . . .!
Subscribe to:
Posts (Atom)
