Tuesday 27 March 2012

Majlis Pelancaran PPDA 2012

26 Mac 2012 - Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan minggu anti dadah yang berlangsung pada 25-26 Mac yang lalu. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum,Cikgu Zabidi.Pelbagai program telah diadakan sepanjang minggu anti dadah.Antaranya pameran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),ceramah dan taklimat Pencegahan Dadah oleh pegawai AADK, pertandingan mewarna, pertandingan melukis poster,pertandingan penulisan sajak ,pertandingan mendeklamasi sajak dan pertandingan persembahan multimedia.





Monday 26 March 2012

Sekitar Lawatan dari SK Kerteh Ke SK Rantau Petronas

26 Mac 2012  (Isnin) - SK Rantau Petronas telah menerima satu lawatan bermaklumat dari SK Kerteh pada hari ini diketuai oleh Tuan Guru Besar SK Kerteh ,YM Tuan Zahari Tuan Long. Lawatan ini untuk melihat secara dekat cara pengoperasian dan pengurusan SK Rantau Petronas sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan.Untuk makluman, SK Kerteh merupakan salah sebuah calon sekolah kluster kecemerlangan  daerah Kemaman yang akan dinilai pihak panel SKK pada pertengahan April ini. Semoga perkongsian maklumat ini memberi panduan dan gambaran yang berguna pada masa akan datang. Pihak SK Rantau Petronas mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada SK Kerteh.




Saturday 24 March 2012

Sekitar penganjuran Kemaman AISA KBS Interschool Championships

24 Mac 2012 (Sabtu) - Penganjuran kejohanan skuasy di gelanggang skuasy Mesra Mall pada 23 dan 24 April yang lalu mendapat penyertaan yang bagus dari pelajar-pelajar sekolah sekitar Kemaman. Penganjuran dari Azlan Iskandar Squash Academy(AISA) dan Kementerian Belia dan Sukan bersama SK Rantau Petronas berjaya menarik penyertaan seramai 70 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Kejohanan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang skuasy dan melahirkan bakat baru dalam sukan skuasy.

Tuesday 20 March 2012

Pengumuman : AISA KBS Interschool Squash Championships

Satu kejohanan skuasy anjuran Azlan Iskandar Squash Academy (AISA)  dan Kementerian Belia dan Sukan bersama SK Rantau Petronas akan diadakan pada 23 dan 24 Mac 2012 ini bertempat di Gelanggang Skuasy Mesra Mall Kemaman. Semua pelajar sekolah daerah Kemaman dan sekitar dijemput untuk menyertai kejohanan tersebut. Untuk keterangan lanjut,boleh berhubung dengan penyelaras, Cikgu Wan Ruslawati dan En. Nafzahizam Adnan.



Sunday 18 March 2012

Anugerah Tawaran Baru (New Deals) 2011



Tahniah diucapkan kepada Guru Besar SK Rantau Petronas dan warga SK Rantau Petronas kerana berjaya mendapat anugerah Tawaran Baru 2011 daripada YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 15 Mac 2012 yang lalu . Seramai 21 orang Guru Besar Negeri Terengganu yang berjaya menerima anugerah Tawaran Baru.


Sumber : Unit Sekolah Rendah JPNT.

Friday 16 March 2012

Lawatan Penandaarasan : SK Ganun,Alor Gajah Melaka ke SK Rantau Petronas

13 Mac 2012 - SK Rantau Petronas telah menerima satu kunjungan lawatan bermaklumat dari Sekolah Kebangsaan Ganun, Melaka. Seramai 37 orang guru dan 52 orang murid-murid dari SK Ganun diketuai oleh Guru Besar mereka, Pn. Fordzisah bt Ismail disambut mesra oleh warga SK Rantau Petronas.

Rombongan lawatan penandaarasan ini tiba di sekolah pada pukul 11.30 pagi dan dibawa ke balai sidang untuk taklimat dan sedikit pembentangan kepada para guru SK Ganun untuk melihat secara dekat pengoperasian SK Rantau Petronas sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada pihak rombongan dan semoga lawatan muhibbah ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua sekolah. Terima kasih daun keladi,lain kali datang lagi.


Ketibaan pihak rombongan disambut mesra oleh Guru Besar  dan warga pengurusan sekolah .
Sesi bergambar turut diadakan sebagai tanda kenangan.

Tuesday 6 March 2012

Jadual Ujian OTI 1 Tahap 2

Ujian OTI 1 akan diadakan pada 6-8 Mac 2012 (Selasa - Khamis).Berikut merupakan jadual OTI 1 bagi Tahap 2.