Tuesday 31 December 2013

Selamat Tinggal 2013 ,Selamat Datang 2014




Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 kepada semua warga SKRP. Esok bermulalah hari ,bulan dan tahun baru 1.1.2014 (Rabu) dan esok jua bermulalah hari persekolahan pertama bagi negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah. Tahun 2013 meninggalkan pelbagai kenangan manis buat warga SKRP.Semoga tahun-tahun akan datang memberi peluang dan ruang untuk mencapai lebih kejayaan dan mencipta kenangan manis untuk dikenangi sepanjang tahun.


Pihak sekolah mendoakan semoga tahun 2014 memberi seribu semangat baru kepada warga SKRP dan murid-murid untuk meneruskan kecemerlangan gemilang dan terbilang.    

>>SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH<<

Monday 30 December 2013

Sekitar Taklimat dan Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah 2014

Taklimat dan Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah 2014
Tarikh : 29.12.13 (Ahad)
Tempat : Ruang Legar SKRP





Tuesday 17 December 2013

Taklimat Pendaftaran Murid Tahun 1 dan Pra Sekolah 2014

Makluman kepada semua ibubapa dan penjaga , taklimat pendaftaran murid Tahun 1 dan Prasekolah SK Rantau Petronas 2014 akan diadakan pada butiran berikut :

                                              Tarikh      : 29 Disember 2013 (AHAD)
                                              Tempat    : Ruang Legar Utama SKRP
                                              Masa      :  9.00 pagi

Kedai sekolah akan mula beroperasi  pada 29 dan 30 Disember 2013 ,9 pagi - 2.00 petang.

Harap Maklum.

Sunday 15 December 2013

Semakan Permohonan Tingkatan 1 2014 ke Sekolah Elit,SMKA dan Premier Negeri Terengganu

Semakan permohonan kemasukan Tingkatan 1 2014 ke Sekolah Elit,SMKA dan Premier Negeri Terengganu boleh dibuat mulai 16 Disember 2013 dengan melayari laman sesawang berikut :



 Pemohon yang gagal boleh mengemukakan rayuan menerusi laman sesawang yang sama dengan memuat turun Borang Rayuan dan menghantarnya ke Pejabat Daerah Kemaman atau berkaitan sebelum atau pada 24 Disember 2013.