Thursday 19 January 2017

          MAJLIS PELANCARAN GURU PENYAYANG DAN PROGRAM MENTOR MENTEE   
              
TARIKH : 18 JANUARI 2017
TEMPAT : RUANG LEGAR PERDANA SKRP
PESERTA : MURID-MURID  TAHUN   1, 2, 3, 4, 5 DAN 6



Salam kasih sahabat, pada hari ini,Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas telah melancarkan Program Guru Penyayang dan Mentor Mentee.Terima kasih kepada Tn Hj Roshali,pegawai PPD Daerah Kemaman kerana sudi merasmikan program kami. Kredit kepada pihak pentadbir terutamanya Unit Hem dibawah PK HEM,Datin Hjh Rusnani Mohd Yusuf, Penyelaras Program Cikgu Hasrizawati Binti Kamaruddin, para guru yang penyayang dan anak-anak didik yang bermotivasi. Anda permata hati kami.


Pelaksanaan amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. 

Guru penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Justeru, adalah diharapkan setiap guru menghayati konsep guru penyayang selaras dengan objektif pelaksanaan Amalan Guru Penyayang seperti berikut:

1. Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru;
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah;
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah; dan
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah



Amalan Guru Penyayang  dilaksanakan secara berterusan agar menjadi budaya guru di sekolah. Amalan guru penyayang ini dilaksanakan dengan menekankan kepada tiga aktiviti berikut:
a. mengalu-alukan kehadiran murid
b. memberi penghargaan kepada murid
c. program mentor mentee

















Friday 13 January 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2017

TARIKH : 12 JANUARI 2017
TEMPAT : SEKITAR SKRP
PESERTA : MURID-MURID  TAHUN   2, 3, 4, 5 DAN 6










MAJLIS PENUTUP MINGGU TRANSISI TAHUN 1 2017

TARIKH : 12 JANUARI 2017
TEMPAT : RUANG LEGAR UTAMA
PESERTA : MURID-MURID  TAHUN  1