Tuesday 18 December 2012

Pengumuman : Semakan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 2013 ke SMK Elit dan SMKA Terengganu

Makluman kepada semua warga SKRP :


Pengumuman : Semakan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 2013 ke SMK Elit (SMK Lembang Bidong, Setiu dan SMK Mak Lagam Kemaman dan SMKA (SMKA Sheikh Abdul Malek, SMKA Tok Jiring, SMKA Durian Guling,SMKA Kuala Abang, SMKA Nurul Ittifaq dan SMKA Wataniah)  boleh mula disemak di laman web JPNT bermula 20 Dis 2012 (Khamis).

                                      
                                   http://www.moe.gov.my/jpnterengganu/semaktsatu/

Bagi pemohon yang gagal dalam permohonan ,rayuan boleh dibuat dengan memuat turun borang Rayuan di laman web JPNT dan menghantar borang di PPD berdekatan.
 

Thursday 13 December 2012

Pengumuman:Taklimat dan pendaftaran Prasekolah / Tahun 1 2013

Makluman kepada semua ibu bapa/penjaga  murid-murid SK Rantau Petronas

Sukacita dimaklumkan satu sesi taklimat dan pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 2013 akan diadakan sebagaimana maklumat berikut :

Tarikh : 30 Dis 2012 (Ahad)
Masa  : 9.00 pagi
Tempat : Ruang legar / Bangunan Prasekolah SKRP

Sehubungan dengan itu,tuan puan dijemput hadir untuk sesi taklimat tersebut.

*Kedai sekolah akan mula dibuka pada 26 Disember 2012 (Rabu)  bermula jam 9.00 pagi - 3.00 petang.


Tuesday 20 November 2012

Pengumuman : Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 ke MRSM dan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2012

Kepada semua murid UPSR 2012 yang mendapat keputusan cemerlang dan berminat untuk memasuki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan SM Imtiaz Yayasan Terengganu, bolehlah membuat permohonan online dengan melayari portal Yayasan Terengganu dan MARA.

1. Permohonan ke SM Imtiaz Yayasan Terengganu            
 
                                 Borang Permohonan ke SM Imtiaz Yayasan Terengganu
 
   Tarikh tutup permohonan : 10 hari selepas keputusan diumumkan



2. Permohonan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
                             
                               Borang Permohonan ke MRSM


    Tarikh tutup permohonan : 4 Disember 2012 ( SELASA)

Monday 19 November 2012

Sekitar Pengumuman Keputusan UPSR 2012

19 Nov 2012 (Isnin) - Keputusan UPSR telah diumumkan pada hari ini dan murid-murid telah hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan.Tepat jam 10.40 pagi, keputusan UPSR telah diumumkan oleh Puan Guru Besar,Hajah Khadijah bt Sulaiman. Seramai 33 orang murid SKRP telah berjaya mendapat 5A dan seramai 17 orang mendapat 4A 1B. Tahniah diucapkan.



Senarai nama murid yang cemerlang 5A :

1. AFIQ IMRAN BIN JALALUDDIN
2.MUHAMMAD ADWA' HARIZ B ABD HAMID
3.MUHAMMAD ALI HAKIM B ROSLI
4.MUHAMMAD ALIEF SYAMEER B ROSMAN
5.NUR AIMI NADHIRAH BT ZAINUDIN
6.ROWENA ANNE MATISA
7.AMNI NUR QAMARINA BT ZAINUDDIN
8.BADRUL AIMAN B MOHD
9.JOHN JEMIRU ANAK PENGUANG
10.MUHAMMAD IMRAN B MOHD NOOR
11.NUR ATHIRAH BT ZULRIADI
12.SYAHMI DANIAL B MOHAMAD RAZAUDDIN
13.SYED MUHAMMAD YUSUF B SYED MOHD NASSIR
14.ANAS FARHAN B ARIFFIN
15.MUHAMMAD NUR HELMI B MOHD FADZLI
16.MUHAMMAD SYAKIR IMAN B SHAFFIE
17.MUHAMMAD ZHARFAN SYAHIRAN B SHA'ARI
18.NUR HASYA BALQIS BT KHAIRUDDIN
19.NURIN KHALISYAH BT AHMAD RAMZI
20.NUR IZZATI BT AB LATIF
21.SKANDAKUMERA A/L SELVARAJ
22.SYED MUHAMMAD YUNUS B SYED MOHD NASSIR
23. ABDUL HAKAM B ADLI
24.AFRINA KHAIRUNNISA BT MOHD APANDI
25.AHMAD DYIYAUDDIN ARIF B SHIHABUDDIN ARIP
26.AINITHINI A/P SELVARAJ
27.'AISYAH MUNIRAH BT YACOB
28.ANIS NUR SABRINA BT ABU BAKAR
29.ATIF B ABDULLAH
30.IRDINA HUDA BT ZAINAL ABIDIN
31.ISYRAQ HARRAZ B MOHD YUSRI
32.MUHAMMAD AZIZUL HAKIM BIN ABD RAZAK
33.NORAHDIATULNADIAH BT AZIZ

Wednesday 7 November 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SK Rantau Petronas 2012

5 Nov 2012 (Isnin) - Pada hari Isnin yang lepas, SKRP telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bertempat di Ruang Legar Perdana SKRP. Majlis bermula jam 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman. Turut hadir YDP PIBG SK Rantau Petronas , Tuan Haji Ir Nazaruddin b. Ahmad. 

Aturcara majlis adalah seperti berikut : 

8.00 pagi                -Pendaftaran murid
8.15 pagi                -Ketibaan dif-dif jemputan
8.30 pagi                -Ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman
9.00 pagi                -Bacaan doa
                              -Ucapan YDP PIBG
                              (Tuan Haji Ir Nazaruddin bin Ahmad)
                              -Ucapan Puan Guru Besar
                              (Puan Hajah Khadijah bt Sulaiman)
                              -Ucapan Perasmian oleh Tuan PPD Kemaman
                              -Persembahan murid
10.00 pagi               -Majlis Penyampaian Anugerah Murid Cemerlang
                              -Majlis Graduasi murid Prasekolah 2012
                             - Persembahan penutup
1.00 tghari              - Bersurai



Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang menerima anugerah kecemerlangan pada tahun ini. Sesungguhnya setiap usaha dan tawakal kepada Allah pasti memperoleh kejayaan dan hasil. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 

1. Irdina Huda bt Zainal Abidin              (6 Iman)      :Tokoh Murid 2012
2. Afrina Khairunnisa bt Mohd Apandi    (6 Iman)       :Tokoh Kokurikulum 2012


                                  

Tuesday 6 November 2012

Malam Gala SK Rantau Petronas 2012

4 Nov 2012 - Pada 4 Nov yang lalu Kelab Guru dan Staf SK Rantau Petronas telah mengadakan majlis makan malam bertempat di Kelab Golf Rekreasi Petronas (KGRP). Majlis makan malam merupakan acara tahunan sekolah yang diadakan pada penghujung persekolahan. Turut diadakan majlis sambutan hari lahir kepada guru-guru dan staf sekolah yang menyambut dari bulan Jun - Disember. Hadiah cabutan bertuah turut diadakan dan paling bermakna hadiah berupa telefon Samsung Galaxy III turut disumbangkan oleh Cikgu Soffian. Majlis makan malam dipengerusikan oleh guru petah berbicara,Cikgu Faizah Zakaria.

Pada majlis tersebut turut diraikan pertukaran 3 orang guru SK Rantau Petronas ke sekolah negeri/daerah yang telah dipohon .Tahniah diucapkan guru-guru yang berjaya.



Monday 5 November 2012

English In Track SK Rantau Petronas bersama SK Seri Berang

 1 Nov 2012 (Khamis) - SK Rantau Petronas melalui Panita Bahasa Inggeris telah mengadakan program  English in Track bersama Sekolah Kluster Kecemerlangan ,SK Seri Berang ,Hulu Terengganu bertempat di SK Rantau Petronas.










Thursday 18 October 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN SUKANEKA KALI KE-8 SK RANTAU PETRONAS

8 Oktober 2012 - Kejohanan sukan dan olahraga peringkat sekolah telah diadakan pada 8 Oktober 2012 (Isnin) bertempat di padang SKRP. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDP PIBG ,Tuan Hj.Ir Nazaruddin b. Ahmad. Semua acara sukan berlangsung dengan jayanya dan juara keseluruhan kejohanan sukan pada tahun 2012 jatuh kepada pasukan Rumah Biru.Tahniah diucapkan.




Thursday 11 October 2012

PENGUMUMAN : Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun 2012
Semua Pelajar SK Rantau Petronas



Thursday 4 October 2012

Konvensyen Doktor Muda Peringkat Daerah Kemaman

2 Oktober 2012 (Selasa) - Pasukan Kelab Doktor Muda SK Rantau Petronas telah menyertai Konvensyen Doktor Muda peringkat daerah Kemaman anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman pada 2 Okt 2012 bertempat di SMK Sultan Ismail Kemaman. Pasukan Kelab Doktor Muda telah berjaya merangkul beberapa tempat dalam kategori yang dipertandingkan.Tahniah diucapkan kepada pasukan Kelab Doktor Muda SKRP dan guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan konvensyen ini. Berikut pencapaian pasukan Kelab Doktor Muda :

                    1. Kategori Bercerita (B.Melayu)     - Johan
                    2. Kategori Bercerita (B.Inggeris)    - Johan
                    3. Kategori Buku Skrap(Buku Informasi Kesihatan)  - Johan
                    4. Kategori Kiosk (Pameran)           - Johan
                    5. Kategori Melukis Poster              - Tempat ke-3
                    6. Pertandingan Kuiz                        - Tempat ke -3












Monday 24 September 2012

PENGUMUMAN:Permohonan Secara Online Kemasukan Murid Tingkatan 1 Di Sekolah Berasrama Penuh KPM 2013

Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh KPM 2013 secara online telah mula dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah 31 Oktober 2012. Murid-murid yang berkelayakan dan berminat memasuki sekolah berasrama penuh boleh berbuat demikian dengan melayari laman web KPM. 



atau 

Monday 10 September 2012

Pengumuman : Jadual Peperiksaan UPSR 2012


JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2012

Tarikh/Hari
Waktu
Matapelajaran
Masa
SELASA
11.9.2012




8.15 pagi – 09.05pagi

09.45 pagi – 11.00 pagi

11.45 pagi -12.25 tghari
Bahasa Melayu (Pemahaman)

Bahasa Melayu Penulisan

Matematik (Kertas 2)
50 Min

1 jam 15 min

40 min
RABU
12.9.2012
08.15 pagi – 09.15 pagi

Matematik (Kertas 1)

1 jam

KHAMIS 13.9.2012
08.15 pagi – 09.30 pagi

10.15 pagi – 11.05 pagi

11.45 pagi – 01.00 petang

02.30 petang – 04.00 petang
Sains

Bahasa Inggeris (Kertas 1)

Bahasa Inggeris (Kertas 2)

Ujian Aptitud Tahun 6
1 jam  15 min

50 min

1jam 15 min

1 jam 30 min

Thursday 30 August 2012

Sambutan MerdekaRaya 2012

30 Ogos 2012 - Sekolah telah mengadakan sambutan Merdeka Raya pada hari Rabu yang lalu. Sambutan merdeka raya disambut meriah oleh warga SKRP.Pelbagai acara dan persembahan oleh murid-murid telah dijalankan sepanjang berlangsungnya sambutan merdeka raya.

Murid-murid SKRP berkumpul di Ruang Legar Utama

Guru-guru melaungkan merdeka sebanyak tiga kali
Murid-murid turut melaungkan merdeka

Salah seorang murid Tahun 5 bergaya dengan busana raya dan  merdeka
Perarakan merdeka

Jamuan raya guru-guru 

Murid-murid Prasekolah menunjukkan bakat menyanyi lagu hari raya dan merdeka




Sunday 5 August 2012

PENGUMUMAN : Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR dan OTI 4 2012

Berikut merupakan jadual peperiksaan Percubaan UPSR 2012 dan jadual OTI 4 Tahun3, 4 dan 5 2012.

Tarikh : 7 - 9 OGOS 2012
Hari : Selasa - Khamis

Jadual Percubaan UPSR 2012
Jadual Ujian OTI 4 Tahun 4 dan 5
Jadual Ujian OTI 4 Tahun 3


Selamat Maju Jaya..


Wednesday 1 August 2012

Pengumuman : Pengesahan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013

Perhatian kepada ibubapa yang telah membuat permohonan pendaftaran kemasukan tahun 1 2013 ke SK Rantau Petronas dan telah mendapat surat kelulusan penempatan,tuan / puan diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak tuan/puan di sekolah yang telah diluluskan mulai dari 1hingga 30 Ogos 2012. Sila bawa bersama surat kelulusan semasa membuat urusan pengesahan.

Sekiranya tuan/puan ingin membuat rayuan terhadap penempatan yang telah diluluskan atau ingin memohon pertukaran sekolah,tuan/puan hendaklah mengisi borang rayuan/pertukaran sekolah (RPS) yang boleh diperolehi di sekolah. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Guru Besar SKRP selewat-lewatnya pada 30 September 2012. 

Terima Kasih.

Monday 23 July 2012

Pengumuman : Waktu Pembelajaran pada bulan Ramadan 1433H

Berikut merupakan sesi pembelajaran murid-murid SK Rantau sepanjang bulan Ramadan :

Pra Sekolah : (Ahad - Khamis)  Bermula dari pukul 7.40 pagi - 12.15 tghari

Tahun 1       : (Ahad - Khamis)   Bermula dari pukul 7.40 pagi - 12.15 tghari 
                      (Rabu)                  Bermula dari pukul 7.40 pagi  - 12.40 tghari


Tahun 4,5 dan 6 : (Ahad - Khamis) Bermula dari pukul 7.40 pagi - 12.40 tghari

Tahun 2 dan 3   :  (Ahad - Khamis) Bermula dari pukul 12.45 tghari - 5.30 petang

Surat hebahan perubahan jadual waktu pembelajaran sepanjang bulan ramadan telah diedarkan oleh pihak sekolah pada sesi terakhir persekolahan minggu lepas .Semoga berada dalam pengetahuan tuan/puan.

Harap maklum.

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1433H


 Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua warga SK Rantau Petronas.Bersama-samalah kita tingkatkan amalan di bulan yang mulia ini dan menjalani ibadah puasa dengan cemerlang.

Thursday 19 July 2012

Program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan Sultan Mizan

16 Julai 2012 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan sekolah mewakili daerah Kemaman telah berjaya merangkul johan bagi kategori Smart English sempena Program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan baru-baru ini. Pasukan sekolah sebelum ini telah berjaya menjadi johan di peringkat PKG Kemasik dan peringkat daerah Kemaman. Sultan Terengganu,Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli menyampaikan hadiah kepada para pemenang di majlis penutupan dan pengurniaan hadiah di Taman Tamadun Islam (TTI).












Wednesday 11 July 2012

Pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan

10 Julai 2012 (Selasa) - Pelancaran senamrobik 1Murid 1Sukan telah disempurnakan oleh Cikgu Zabidah Othman,PK HEM SK Rantau Petronas. Senamrobik ini telah dijalankan serentak di semua sekolah di Malaysia selaras dengan pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Program senamrobik ini telah mencatat Malaysia Book Of Records(MBR) melalui pembabitan lebih 3.6 juta murid  menyertai senamrobik ini. Tahniah kepada murid-murid dan warga SKRP yang bersemangat menyertai senamrobik.





Sesi pendaftaran
Perasmian oleh PK HEM
Standby.....
Semangatnya Ustazah Zaimah.... 
Angkat tangan....1..2..3.

Instructor yang manis..

Murid-murid prasekolah turut menyertai senamrobik

betul tak step tuu
Instructor senamrobik dari Kemasik dan guru petang menjadi  leader sesi
senamrobik  waktu petang
Murid-murid Sesi Petang turut menyertai senamrobik
ni kenapa berbeza gaya ni..??