Thursday 25 April 2013

Lawatan ke Mini Zoo Kemaman

Tarikh : 24 April 2013
Hari : Rabu
Tempat : Lawatan ke Mini Zoo Kemaman
Semua murid pra sekolah, Pengawas Tahun 6 & 5 bersama 5 orang guru pengiring









Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Terengganu

24 April 2013 - Tahniah diucapkan kepada adik Mohd Aqeel kerana berjaya merangkul Juara Public Speaking peringkat negeri Terengganu yang telah diadakan di SK Marang Terengganu. Adik Mohd Aqeel akan mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan akan diadakan pada bulan Jun.


Wednesday 24 April 2013

Pengumuman : Ujian Permata Pintar UKM1


Perhatian kepada semua pelajar Tahun 2-6,anda dipelawa untuk menduduki Ujian Permata Pintar secara online yang sedang berlangsung pada 1 Feb - 31 Mei 2013. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat yang dikendalikan oleh pusat ini dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara. Ujian ini adalah percuma dan boleh diambil di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet tanpa birokrasi.

Segala maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang ini : PERMATA PINTAR
 Untuk memulakan ujian saringan,sila klik di sini :    Ujian PERMATA PINTAR UKM1

* Makluman : Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum  memulakan ujian saringan ini.Tarikh tutup ujian saringan ini adalah pada  31 MEI 2013.

Tuesday 23 April 2013

Hari Kantin SK Rantau Petronas

Tarikh :  23 April 2013
Hari    :  Selasa
Tempat  : Ruang Legar Perdana SK Rantau Petronas


Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan Hari Kantin SKRP 2013. Hari Kantin telah disertai oleh murid-murid  Tahun 4 (Iman,Naim, Ridzuan dan Takzim). Jualan Hari Kantin bermula pada pukul 9.40 (waktu rehat Tahap 1) dan disambung sehingga 10.40 pagi (tamat waktu rehat Tahap 2). Pelbagai juadah makanan dan minuman dijual semasa Hari Kantin. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Panitia Bahasa Melayu dan para ibu bapa yang bertungkus lumus menjayakan Hari Kantin sekolah.

Pelbagai juadah makanan yang dijual semasa Hari Kantin

Gelagat guru-guru ketika membeli juadah


Wednesday 17 April 2013

Program Care & Concern (CnC)

17 April 2013 - Program CnC telah berjaya dilaksanakan pada 16 April (Selasa) di Ruang Perdana SKRP. Semua guru dan Murid Tahun 6 terlibat dalam program CnC ini. Semua murid tahun 6 telah menerima seorang ibu dan bapa angkat sebagai mentor mereka masing-masing. 






Tuesday 16 April 2013

Pertandingan Mewarna anjuran FOMCA 2013

15 April 2013 - Pertandingan Mewarna anjuran FOMCA telah diadakan di SKRP pada hari Isnin dengan penyertaan semua murid Tahun 1- 6 SKRP. Pertandingan Mewarna terbahagi kepada 2 kategori iaitu Tahap 1(Murid Tahun 1-3) dan Tahap 2(Murid Tahun 4-6). Pertandingan tersebut berjalan dengan jayanya selama 1jam 15 minit. Majlis penyampaian disampaikan oleh PK Kokurikulum ,Cikgu Zaibidi b Hashim dan PK Petang , Cikgu Rozali b Salleh.  Tahniah kepada semua pemenang.















Wednesday 10 April 2013

Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Kemaman 2013

9 April 2013 - Karnival Bahasa Inggeris peringkat daerah Kemaman telah diadakan di SMK Ceneh Kemaman pada hari Selasa. SK Rantau Petronas layak ke peringkat daerah selepas mendapat tempat pertama dan kedua pada peringkat PKG Kemasik dalam acara Action Song (tempat ke-2 PKG) , Story Telling (tempat ke-1 PKG) dan Public Speaking (Tempat ke-1 PKG).

Pada peringkat daerah Kemaman pula,SK Rantau Petronas telah berjaya meraih Naib Johan dalam acara Action Song dan Story Telling dan Johan dalam acara Public Speaking melalui adik Mohd Aqeel (Tahun 6).Beliau akan mewakili daerah Kemaman untuk ke peringkat negeri Terengganu.Tahniah diucapkan kepada semua peserta SKRP dan guru-guru yang bertungkus lumus melatih peserta sehingga ke peringkat negeri.Syabas SKRP..!


Para peserta menerima hadiah


Bersama cikgu-cikgu pengiring


Monday 8 April 2013

Karnival Bahasa Inggeris Peringkat PKG Kemasik 2013

7 April 2013 (Ahad) - SK Rantau Petronas telah menghantar pasukan Action Song , Story Telling dan Public Speaking ke Karnival Bahasa Inggeris peringkat PKG Kemasik yang telah diadakan pada 7 April 2013 (Ahad) bertempat di SK Kg.Baru Kerteh. SKRP mendapat tempat ke 2 dalam acara action song dan Johan dalam Story Telling dan Public Speaking dan layak mewakili ke peringkat daerah Kemaman yang akan diadakan pada 9 April 2013 di SMK Ceneh. Tahniah diucapkan.

Gaya Adik Tharishini bercerita
Pasukan Action song membuat persembahan yang hebat dan bertenaga
Bergambar kenangan bersama para pemenang dan Ketua PKG Kemasik,En Wan Roslan b Wan Zaki

Tahniah,Johan Public Speaking adik Mohd Aqeel dan Johan Story Telling,adik Tharishini.
Persembahan dari Johan Action Song peringkat PKG Kemasik,SK Kg Baru Kerteh.