Saturday 25 February 2017

HARI SUKAN SEKOLAH
              
TARIKH : 22 FEBRUARI 2017 / RABU
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SKRP
PESERTA :SEMUA GURU, IBU BAPA DAN MURID














MESYUARAT PIBG
              
TARIKH : 18 FEBRUARI 2017
TEMPAT : RUANG LEGAR PERDANA SKRP
PESERTA :SEMUA IBU BAPA DAN GURU







Tuesday 14 February 2017

 PROGRAM SMART LEADERSHIP CAMP
              
TARIKH : 10 DAN 11 FEBRUARI 2017
TEMPAT : RUANG LEGAR PERDANA SKRP
PESERTA :PENGAWAS SETIAP UNIT  TAHUN   4, 5 DAN 6







Monday 6 February 2017

   MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH
              
TARIKH : 5 FEBRUARI 2017
TEMPAT : RUANG LEGAR PERDANA SKRP
PESERTA : MURID-MURID  TAHUN   1, 2, 3, 4, 5 DAN 6


1.0       PENDAHULUAN
Kejayaan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua pelajar cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar. Justeru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan sebaliknya pelajar yang tidak hadir tidak akan mendapat apa-apa.

Kevin Paul (1996) menyatakan bahawa,

"in every bad class there is something to be learned,
but not if you aren't there"


Di dalam Islam menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu amat besar pahalanya dan orang yang menghadirkan diri dalam majlis ilmu akan mendapat keampunan Allah. Malah apa yang lebih membimbangkan ialah pelajar yang tidak hadir ke sekolah atau ponteng sering pula terlibat dengan pelbagai masalah atau gejala sosial yang lain seperti melepak, mencuri, merokok, berpeleseran dan sebagainya.
            Selaras dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah melancarkan program Jom ke Sekolah serentak di seluruh negara pada hari ini .Program ini bertujuan memperkasakan lagi kehadiran murid ke sekolah dengan menghindari gejala ponteng dan salah laku disiplin dan jenayah. Majlis pelancaran dimulakan dengan semua guru dan murid-murid mengambil tempat di dataran perdana sekolah. Perhimpunan dimulai dengan nyanyian lagu-lagu patriotik, ikrar murid, membaca perutusan Ketua Polis Negara yang dibacakan oleh Sarjan Abdul Rani Bin Sagap, membaca Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang dibacakan oleh Guru Besar SK. Rantau Petronas, Pn. Khadijah Binti Sulaiman, Pelancaran dan penyerahan peti aduan.

Program Jom Hadir ke Sekolah perlu ditangani oleh semua pihak terutama ibu bapa dan pimpinan masyarakat, bukannya pihak sekolah dan polis sahaja. Sekolah-sekolah yang dikenalpasti mencapai peratus kehadiran rendah, ponteng yang tinggi dan salah laku disiplin tinggi perlu diberi fokus.





2.0      RASIONAL
Sering kali kita perhatikan bahawa pelajar-pelajar yang lemah dan gagal dalam peperiksaan merupakan golongan pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah. Dapatan ini menunjukkan bahawa jumlah yang tidak hadir ke sekolah kian merumit saban tahun. Jumlah peratus pelajar yang tidak hadir ini tentulah pula akan turut menyumbang kepada peratus penurunan kecemerlangan akademik pelajar kerana walaupun sekolah mengadakan pelbagai program ke arah peningkatan akademik pelajar tetapi usaha tersebut tidak sampai kepada sasaran yang sebenar disebabkan mereka tidak hadir ke sekolah. Justeru, program Jom Ke Sekolah ini diharapkan akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan kita semua dalam membantu kecemerlangan sekolah dengan memaksimakan jumlah kehadiran pelajar ke sekolah.