Saturday 28 April 2012

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform

27 April - Satu perkhemahan tahunan unit beruniform telah diadakan di belakang sekolah (padang)  selama 2 hari iaitu 25-27 April 2012. Semua murid Tahap 2 , Tahun 4 hingga 6 terlibat dalam perkhemahan ini. Pelbagai akitiviti telah diadakan sepanjang perkhemahan tersebut.Antaranya, membina istana pasir, kembara malam,membina panji secara berkumpulan, program membersihkan pantai belakang sekolah bersama MEKAR dan PETRONAS,sukaneka,latihan kawad kaki, memcipta model binaan berasaskan barangan kitar semula. 


Sunday 22 April 2012

Larian Merentas Desa 2012

22 April 2012 - Pada 21 Apr 2012,Sabtu yang lalu , sekolah telah mengadakan larian merentas desa bermula di Dataran Perdana, SK Rantau Petronas. Seawal 7.40 pagi ,murid-murid berkumpul dan sesi senaman ringan (streching) telah dilakukan dengan diketuai oleh Cikgu Siti Khatijah. Semua murid dari Tahun 1-6 terlibat larian merentas desa.