Keratan Akhbar

2007-2013



2007- Pasukan Kelab Robotik SK Rantau Petronas berjaya mencipta sebuah  robot penyedut habuk dikenali  "Butler Bots" dan berjaya mewakili Terengganu dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan.
Sumber : KOSMO

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



2008 - Pasukan Robotik SK Rantau Petronas muncul juara Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) peringkat Negeri Terengganu
Sumber : KOSMO

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


2010 - Penyertaan Murid SKRP dalam 'Spell-It- Right' Anjuran  RHB New Straits Times.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------




4 Feb 2012 - Penganjuran Klinik Skuasy Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah PKG Kemasik anjuran SK Rantau Petronas bersama  dengan kerjasama PPD Kemaman dan Pejabat Parlimen Kemaman bersama YB Dato' Sri Ahmad Shabery b Cheek , Menteri Belia & Sukan Malaysia
Sumber : Akhbar Sinar Harian
------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Julai 2012 - Pasukan cilik sekolah telah menyertai Program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dalam kategori Smart English dan berjaya merangkul Juara dalam kategori tersebut.
Sumber : Akhbar Harian Metro

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



2012 - Adik Nafizah Dayana Ezzati bt Awang berjaya dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik UPKK Peringkat Dun Kemasik Tahun 2012 dan SK Rantau Petronas telah menerima Anugerah Sekolah Terbaik Ujian Penilaian Kelas Kafa(UPKK) Peringkat Parlimen Kemaman 2012.

                                                Sumber : Akhbar Berita Harian
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


September 2013 - Pasukan sketsa sekolah telah mewakili daerah Kemaman dalam Pertandingan Sketsa Petronas StreetSmarts 2013 yang telah diadakan di Terengganu Equastrian Resort (TER) pada 25 September 2013 yang lalu. Pasukan sekolah berjaya merangkul Johan dalam pertandingan tersebut.

       Sumber : Akhbar Harian Metro