Wednesday 31 December 2014

Taklimat Pendaftaran Murid Tahun 1 Dan Prasekolah 2015

Program : Taklimat Pendaftaran Murid Tahun 1 Dan Prasekolah 2015
Tarikh : 31 Disember 2014
Hari : Rabu
Jam : 9.00 pagi
Tempat : Ruang Legar SKRP

Taklimat pendaftaran murid Tahun 1 dan Prasekolah 2015 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Ruang Legar SKRP dengan dihadiri oleh ibu bapa/penjaga murid Tahun 1 dan Prasekolah 2015. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Datin Hajah Rusnani bt Mohd Yusof dan juga Puan Guru Besar SKRP, Puan Hajah Khadijah bt Sulaiman. 

Ibu bapa/penjaga boleh menyemak nama anak-anak mereka yang berjaya ditempatkan di SKRP di papan kenyataan sekolah. Kedudukan murid di dalam kelas telahpun dibahagikan mengikut kelas masing-masing untuk sementara waktu. Ibubapa / penjaga boleh berhubung dengan guru kelas Tahun 1 untuk pertanyaan lebih lanjut.

Nama guru kelas Tahun 1   Iman    : Puan Syarifah Sidah bt Syed Hasan
                           Tahun 1  Naim    : Puan Salina bt Jusoh
                           Tahun 1  Ridzuan : Puan Fadilah bt A.Aziz





Tuesday 30 December 2014

Makluman : Penangguhan Tarikh Bermula Sesi Persekolahan 2015

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka. 
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Tuesday 16 December 2014

Makluman : Tarikh Taklimat Pendaftaran Tahun 1 2015 serta Prasekolah 2015

Makluman kepada semua ibubapa/penjaga, tarikh Taklimat Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah 2015 akan diadakan sebagaimana tetapan berikut :

                    Tarikh     : 31.12.2014
                    Hari        : Rabu
                    Masa      : 9.00 pagi
                    Tempat   : Ruang Legar Utama SK Rantau Petronas


*Kedai sekolah akan mula beroperasi pada 28 - 31 Disember 2014. Tuan /puan bolehlah mendapatkan keperluan awal persekolahan di kedai sekolah yang dibuka jam 9.00 pagi -2.00 petang.

Harap maklum.