Wednesday 31 December 2014

Taklimat Pendaftaran Murid Tahun 1 Dan Prasekolah 2015

Program : Taklimat Pendaftaran Murid Tahun 1 Dan Prasekolah 2015
Tarikh : 31 Disember 2014
Hari : Rabu
Jam : 9.00 pagi
Tempat : Ruang Legar SKRP

Taklimat pendaftaran murid Tahun 1 dan Prasekolah 2015 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Ruang Legar SKRP dengan dihadiri oleh ibu bapa/penjaga murid Tahun 1 dan Prasekolah 2015. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Datin Hajah Rusnani bt Mohd Yusof dan juga Puan Guru Besar SKRP, Puan Hajah Khadijah bt Sulaiman. 

Ibu bapa/penjaga boleh menyemak nama anak-anak mereka yang berjaya ditempatkan di SKRP di papan kenyataan sekolah. Kedudukan murid di dalam kelas telahpun dibahagikan mengikut kelas masing-masing untuk sementara waktu. Ibubapa / penjaga boleh berhubung dengan guru kelas Tahun 1 untuk pertanyaan lebih lanjut.

Nama guru kelas Tahun 1   Iman    : Puan Syarifah Sidah bt Syed Hasan
                           Tahun 1  Naim    : Puan Salina bt Jusoh
                           Tahun 1  Ridzuan : Puan Fadilah bt A.Aziz





Tuesday 30 December 2014

Makluman : Penangguhan Tarikh Bermula Sesi Persekolahan 2015

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka. 
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Tuesday 16 December 2014

Makluman : Tarikh Taklimat Pendaftaran Tahun 1 2015 serta Prasekolah 2015

Makluman kepada semua ibubapa/penjaga, tarikh Taklimat Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah 2015 akan diadakan sebagaimana tetapan berikut :

                    Tarikh     : 31.12.2014
                    Hari        : Rabu
                    Masa      : 9.00 pagi
                    Tempat   : Ruang Legar Utama SK Rantau Petronas


*Kedai sekolah akan mula beroperasi pada 28 - 31 Disember 2014. Tuan /puan bolehlah mendapatkan keperluan awal persekolahan di kedai sekolah yang dibuka jam 9.00 pagi -2.00 petang.

Harap maklum.

Thursday 27 November 2014

Keputusan Penuh UPSR 2014 SK Rantau Petronas

Program : Pengumuman Keputusan UPSR 2014 SK Rantau Petronas
Tarikh : 26 Nov 2014
Hari : Rabu
Tempat : Ruang Legar SKRP

Keputusan penuh :
Jumlah calon = 66 orang
Bilangan Murid mendapat 5A      = 22 orang
                                    % 5A     = 33.33%                        
Bilangan Murid mendapat 4A 1B = 15 orang
                                     GPS       = 1.51
                                    Min C      = 92.42%


Senarai nama murid mendapat 5A 2014 :

1. Aizam bin Radzuan
2. Mirza Amir Danial bin Mohd Hasnan
3. Zarif Aiman bin Zainal Abidin
4. Haziq Hafiy bin Mohd Shaffik
5. Muhammad Izzul Aiman bin Mohd Basri
6. Irfan Ahmad Mustamir bin Ahmad Asmawi
7. Ain Nur Mardhiah bt Khairulzaman
8. Alya Husna bt Mohd Shukry
9. Farhain bt Mohd Mustapa
10. Hanis Arniesya bt Hairulzaman
11. Hanna Syuhada Liew bt Azlan Liew
12. Irdina Najwa bt Rosmadi
13. Izzati Aqilah bt Mohd Hanif
14. Nur Balqis Batrisyia bt Saizin Syazli
15. I'zaz Farhanah bt Faiza
16. Nor Arisya Syafiya bt Mohd Azmi
17. Nur Anis Suraya bt Ariffin
18. Raja Alisya Sofia bt Raja Selimin
19. Raja Aisya Suraya bt Raja Selimin
20. Wan Aisya Nabilah bt Wan Mohd Hasnan
21. Wan Alya Nadhirah bt Wan Mohd Hasnan
22. Wan Alya Humaira bt Wan Syaiful Amirul

Tahniah diucapkan kepada semua murid-murid Tahun 6 2014.








Tuesday 25 November 2014

Kejohanan Jemputan Skuasy (Pembangunan) Peringkat Negeri Pahang 2014

Program :Kejohanan Jemputan Skuasy (Pembangunan) Peringkat Negeri Pahang
Tarikh : 21-23 Nov 2014
Tempat :Gelanggang Teluk Tasek,Kuantan Pahang
Pencapaian : Tempat ke- 3 (Adik Che Wan Lutfi)





Monday 24 November 2014

Handball Road Tour SK Tengku Mariam 2014 Peringkat Kebangsaan

Program : Handball Road Tour SK Tengku Mariam 2014 Peringkat Kebangsaan
Tarikh : 20-23 Nov 2014
Tempat : Gelanggang Bola Baling, Mesra Mall Kemasik
Pencapaian : Tempat ke- 3




Tuesday 18 November 2014

Hari Anugerah Kecemerlangan Murid dan Graduasi Prasekolah 2014

Program : Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid & Graduasi Prasekolah
Tarikh : 17 Nov 2014
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Ruang Legar Perdana,SK Rantau Petronas
Perasmian oleh : Encik Shamsul bin Salim, Penolong Pegawai PPD Kemaman.









Monday 17 November 2014

Hari Terbuka SK Rantau Petronas 2014

Program : Hari Terbuka SK Rantau Petronas 2014
Tarikh : 13 Nov 2014
Hari : Khamis
Masa : 10.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat : Persiaran SK Rantau Petronas









Pada 13 November 2014 iaitu pada hari Khamis yang lalu SK Rantau Petronas dengan kerjasama PIBG SK Rantau Petronas telah mengadakan Hari Terbuka SKRP 2014 bertempat di perkarangan sekolah. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta dan juga orang awam telah menyertai Hari Terbuka tersebut.Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dengan kehadiran ibubapa dan orang awam ke Hari Terbuka SKRP. Pelbagi gerai jualan dan ruang pameran telah berjaya dibuka pada hari tersebut.

 Hari Terbuka SKRP 2014 yang dirancang ini merupakan program julung kali diadakan di sekolah.Program ini melibatkan seluruh warga sekolah.Program ini adalah salah satu usaha pihak  sekolah dan PIBG untuk mendekatkan masyarakat dengan sekolah.Agensi-agensi kerajaan yang dijemput diharap dapat memberi manfaat  yang berguna kepada seluruh warga sekolah dan PIBG. Gerai-gerai jualan yang menyertai program ini sedikit sebanyak dapat menjana  pendapatan bersama dan seterusnya dapat mengisi tabung kewangan SKRP. Antara objektif diadakan Hari Terbuka SKRP 2014 ialah :


1. Merapatkan silaturahim seluruh warga sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.

2. Menanam minat berniaga dan berusaha memajukan  diri kepada murid.

3. Mendedahkan maklumat yang berguna kepada seluruh warga sekolah dan masyarakat yang terlibat.

4. Menambah dana kewangan PIBG.

Sunday 16 November 2014

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2014

Program : Majlis Khatam Al-Quran peringkat Sekolah 2014
Tarikh : 13 Nov 2014
Hari : Khamis
Tempat : Surau Sekolah



Wednesday 5 November 2014

Lawatan Penanda Aras Guru-guru Daripada IPG Dato' Razali Ismail ke SK Rantau Petronas

Program : Lawatan Penanda Aras Guru-guru IPG Dato Razali Ismail ke SK Rantau Petronas
Tarikh : 4 Nov 2014 (Selasa)
Tempat : SK Rantau Petronas
Peserta :  40 orang guru-guru yang mengikuti Program Pensiswazahan di IPG Dato Razali Ismail








Sunday 2 November 2014

Karnival Catur Terbuka Tesmal Peringkat Kebangsaan (Zon Timur) 2014

Program : Pertandingan Catur Peringkat Kebangsaan (Zon Timur) 2014 anjuran 
                  SMK MAK  LAGAM
Tarikh : 31.10.14 dan 1 November 2014
Tempat : Dewan Samudera ,INTAN Kampus Wilayah Timur ,Kemaman,Terengganu
Penyertaan : 11 orang pemain
Pencapaian :     
                           Lelaki :  Naib Johan
                                        Tempat ke9 & 10
                          Perempuan : Tempat ke 7 & 8
                       










Monday 27 October 2014

Makluman: Jadual Peperiksaan Sumatif Akhir Tahun 2014

Makluman : Jadual Peperiksaan Sumatif Akhir Tahun Murid Tahun 1,4,5 & 6

 



 
Tiada peperiksaan bagi matapelajaran teras untuk tahun 6



Thursday 23 October 2014

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sempena Karnival Pendidikan Terengganu Tahun 2014

Program : Anugerah Kecemerlangan Pendidikan  
                Sempena Karnival Pendidikan Terengganu Tahun 2014
Tarikh    : 20 Oktober 2014
Hari       : Isnin
Tempat  : Stadium Negeri, Jalan Sultan Mahmud Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada SK Rantau Petronas kerana telah berjaya memperoleh 2 anugerah sempena Karnival Kecemerlangan Pendidikan Terengganu Tahun 2014. Pihak sekolah telah menerima Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam UPSR 2013 (Anugerah Sekolah Melepasi 20% Semua A UPSR 2013) dan juga Anugerah Khas Kokurikulum Pengurusan /Sumbangan /Pencapaian Sekolah Dalam aktiviti Kokurikulum Peringkat Daerah dan Negeri (Kategori Sekolah Rendah). 

Majlis Penyampaian anugerah kecemerlangan ini telah disampaikan oleh Y.A.B Dato' Ahmad Razif b Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu . Penolong Kanan Pentadbiran ,Cikgu Azhar b Hamad dan Cikgu Zaibidi Hashim ,Penolong Kanan Kokurikulum telah mewakili Puan Guru Besar menerima anugerah tersebut.Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja SKRP yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum terus unggul dan akan terus cemerlang gemilang pada masa-masa hadapan.


Tuesday 21 October 2014

Hari Kantin 2014

Program : Hari Kantin 2014
Tarikh : 21/10/2014
Masa : 10.00 pagi -11.00 pagi
Tempat : Ruang Legar SKRP
Anjuran : Murid Tahun 6 SKRP 2014