Thursday 26 September 2013

Pertandingan Sketsa Petronas StreetSmart 2013

Pertandingan Sketsa Petronas StreetSmart 2013 Peringkat Negeri Terengganu anjuran Petronas

Tarikh : 25 September 2013 (Rabu)
Tempat : Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai
Masa : 9.00 pagi-1.00 tengahari
Jumlah murid : 10 orang
Jumlah guru pengiring : 4 orang
Pencapaian : JOHAN Sketsa Peringkat Negeri Terengganu
http://petronasstreetsmart.com.my






Wednesday 25 September 2013

Program Pendidikan Kraf (Batik dan Aneka Kraf)

Program Pendidikan Kraf (Batik dan Aneka Kraf) Sempena Program Pasca UPSR 2013 anjuran Panitia Pendidikan Seni SK Rantau Petronas dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Terengganu.

Tarikh : 24.9.2013 (Selasa)
Masa  : 10.40 pagi - 1.00 petang
Tempat : Ruang Legar SK Rantau Petronas
Jumlah Murid : 92 orang
Jumlah Guru   : 5 orang
Wakil dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Terengganu)
         1. Puan Noraini bt Dol (Pereka)
         2. Puan Khatijah Hamzah (Pengajar Kraf)
         3. Puan Sarifah Ali ( Pengajar Kraf)
         4. En.Amran b. Ghazali (Pengajar Kraf)





Tuesday 24 September 2013

Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Peringkat Terengganu 2013

Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Peringkat Negeri Terengganu 2013

Tarikh  : 23 September 2013 ( ISNIN)
Tempat : Dewan Besar, SMK Nasiruddin Shah,Besut Terengganu
Penyertaan : Pasukan Tarian Kelab Kebudayaan SKRP
Guru Pembimbing : Cikgu Fadilah bt  Abdul Aziz
                              Cikgu Wan Ruslawati bt Ton Ronim
                              Cikgu Suzanah bt Abdullah
Pencapaian  : Johan Sekolah Rendah Peringkat Terengganu



Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan tarian sekolah kerana sekali lagi berjaya menjuarai Tarian Sekolah Rendah peringkat Terengganu. Pasukan tarian membawa pulang trofi dan sijil penghargaan.




Sunday 22 September 2013

Program Running LELACers (RULE)

Program Running Lelacer anjuran Panitia B.Inggeris bersama Universiti Sains Malaysia (USM) 
Tarikh : 19 September 2013
Hari    : Khamis
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : SK Rantau Petronas
Bilangan Murid : Tahun 4 dan 5
Fasilitator Jemputan : Dr. Muhammad Kamarul Kabilan
















Thursday 19 September 2013

Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Daerah Kemaman 2013

Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kemaman

Tarikh  : 18 September 2013 ( Rabu)
Tempat : Dewan Besar, SMK Kg Baru Kerteh,Kemaman
Penyertaan : Pasukan Tarian Kelab Kebudayaan SKRP
Guru Pembimbing : Cikgu Fadilah bt  Abdul Aziz
                              Cikgu Wan Ruslawati bt Ton Ronim
Pencapaian  : Johan Sekolah Rendah

Tahniah diucapkan kepada pasukan tarian sekolah dan berjaya mewakili daerah Kemaman ke peringkat negeri yang akan diadakan di SMK Nasiruddin Shah Besut pada 23 Sepetember 2013.



Tuesday 17 September 2013

Pertandingan Sudoku Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2013

17 September 2013 - SK Rantau Petronas telah menyertai pertandingan Sudoku Sekolah Rendah peringkat kebangsaan yang telah berlangsung di The Summit USJ Selangor pada 15 September 2013 yang lalu.Pertandingan sudoku ini telah dianjurkan oleh SJK (TAMIL) RINGLET,Sekolah Kluster Kecemerlangan,Genting Highland.Pihak sekolah telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 4 orang murid iaitu adik Nurul Izzati bt Afandi, Tijani Khalida bt Kadrishah, Nafizah Dayana Ezzati bt Awang dan Amirah Danisyah bt Sharul dan diringi 2 orang guru iaitu Cikgu Noramalina bt Hussain dan Cikgu Wan Ruslawati bt Ton Ronim. Pasukan sekolah telah layak berada dikelompok 10 terbaik dan diumumkan johan pertandingan soduku peringkat sekolah.Tahniah diucapkan kepada pasukan sudoku sekolah dan guru-guru yang telah memberi tunjuk ajar dan semangat kepada mereka.



Tuesday 10 September 2013

Jadual Peperiksaan UPSR 2013

Berikut merupakan jadual Peperiksaan UPSR 2013.

SELASA (10.9.2013)

8.15   pagi -  9.05  pagi      Kertas B.Melayu Pemahaman
10.05 pagi - 11.20 pagi      Kertas B.Melayu Penulisan
12.20 t/hari - 1.00 t/hari     Kertas Matematik (kertas 2)

RABU (11.9.2013)

8.15 pagi - 9.15 pagi       Kertas Matematik (1)

KHAMIS ( 12.9.2013)

8.15 pagi     - 9.30   pagi      Kertas Sains
10.30 pagi   -11.20  pagi      Kertas B.Inggeris (1)
12.20 t.hari - 1.35   ptg       Kertas B.Inggeris (2)
 2.45 ptg   - 4.15    ptg        Ujian Aptitud Tahun 6


Pihak sekolah dan warga SKRP mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua calon UPSR 2013.Semoga kejayaan milik kalian.

Monday 9 September 2013

Majlis Restu dan Majlis Anugerah Permata Elit 2013

Majlis Restu dan Penganugerahan Permata Elit Calon UPSR 2013
Tarikh  : 9 September 2013 (ISNIN)
Tempat : Ruang Legar SKRP