Wednesday 27 February 2013

Pelancaran NILAM dan DR1P SKRP 2013

27 Feb 2013 - Pelancaran NILAM peringkat sekolah telah diadakan pada 27 Februari 2013 (Rabu) bertempat di Ruang Legar Perdana SKRP. Majlis telah dirasmikan oleh PK Pentadbiran SKRP,Puan Hajah Hasmah bt Ali.



Sunday 24 February 2013

Kursus Pentaulihan Ketua Sekawan (Ketua Pek Pengakap Kanak-Kanak Sekolah Rendah) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2013.

24 Feb 2013 - Salah seorang wakil pengakap SK Rantau Petronas, adik Muhammad Haziq Danial b. Mohd Hamdan telah menyertai Kursus Pentaulihan Ketua Sekawan yang telah diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail,Telaga Batin,Kuala Terengganu. Kem tersebut telah diadakan bermula 21-23 Februari 2013 dan melibatkan pengakap seluruh negeri Terengganu.

Adik Muhamad Haziq Danial memasang dan mendirikan khemah

Thursday 21 February 2013

Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar 2013

 20 Februari (Rabu) - Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar telah diadakan di Ruang Legar Perdana SKRP dan telah dirasmikan oleh Mejar Shamsudin b.Adnan (Penolong Pegawai Memerintah Batalion 3 Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Bukit Kuang).



Ketibaan para jemputan

Perarakan masuk pengawas-pengawas
Ucapan aluan dari Puan Guru Besar dan ucapan perasmian dari Tuan Mejar Shamsudin((Penolong Pegawai Memerintah Batalion 3 Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Bukit Kuang)
Gimik Perasmian
Wakil dari setiap badan pengawas menerima watikah pelantikan
Ikrar dari Ketua Murid SKRP 2013,adik Muhd Amir Hamzah (6Iman)
Sesi bergambar
Sesi bergambar

Monday 18 February 2013

Launching Of English Day

6th Feb 2013 - Launching of English Day was held at grand foyer SK Rantau Petronas. All pupils of standard   1-6 including preschool kids participated in this programme. English Panel SKRP  has remained their theme "English Is Fun" .The aim of the programme are to make one day special where pupils gather to do, participate and be part of the members in fun learning activities at one time. The programmme was launched by our senior assistant teacher(HEM), Puan Zabidah Bt Osman and special guests, Ms.Diane Gardner Ho Fatt and Mr. Ffinlo Kilner,teacher trainers  from British Council.

Teacher Haslinda with her students during micro teaching











Friday 8 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H Peringkat Sekolah

8 Feb 2013 -Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari Khamis ,7 Feb 2013 dan disambut dengan sederhana oleh warga SKRP.  Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh murid tahun 6 diikuti selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Majlis dirasmikan oleh Puan Guru Besar, Puan Hajah Khadijah Sulaiman dan diikuti persembahan nasyid dan sajak oleh murid Pra sekolah. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sambutan antaranya perarakan, ceramah agama , tayangan video (Tahap 1,2 & 3),pertandingan melukis poster dan juga pertandingan menulis jawi.















Perasmian Entri Model Qalam, Replika Kebitaraan B.Inggeris dan Skuasy,dan Majlis Perpisahan

7 Feb 2013 (Khamis)- Sekolah telah mengadakan satu majlis perasmian replika kebitaraan dan entri Model Qalam. Turut hadir ke majlis tersebut ialah YDP PIBG SK Rantau Petronas, Tuan Haji Ir Nazarudin b Ahmad, PK Pentadbiran SMK Rantau Petronas , Pn Hajah Helmiyah bt Md Din dan PK Koko SMK Rantau Petronas , YM Raja Zainarabidin b Raja Zailon . Turut diraikan dalam majlis tersebut ialah mantan PK Petang , YM Ku Ariffin b Che Ku Puteh dan Cikgu Zaliha bt Mansor (Tidak dapat hadir) meraikan majlis perpisahan pertukaran ke sekolah baru.



Tuesday 5 February 2013

Majlis Temu Murni IbuBapa/Penjaga Calon UPSR 2013

Majlis Temu Murni untuk calon UPSR Tahun 6 2013 telah diadakan pada 4 Feb 2013 (Isnin) bertempat di Ruang Legar Utama SK Rantau Petronas. Majlis perasmiaan disempurnakan oleh YDP PIBG SKRP. Turut hadir pada majlis tersebut ialah ibubapa dan penjaga calon UPSR 2013.