Wednesday, 19 February 2014

Lawatan Jemaah Nazir untuk Tawaran Baru (New Deals) Guru Besar 2013

19 Feb 2014 -  Sekolah telah menerima kunjungan daripada Nazir-nazir JNJK yang datang untuk membuat verifikasi Tawaran Baru (New Deals) untuk Guru Besar pagi kelmarin. Seramai 4 orang nazir datang ke SKRP seawal jam 7.30 pagi dan memulakan tugas pemantauan mereka sehingga jam 2.30 petang.

Kami warga SKRP mengalu-alukan kedatangan mereka dan berharap  kedatangan tuan pegawai nazir dapat membantu kami warga SKRP dalam menjayakan Visi dan Misi SKRP akan terlaksana.

Bergambar kenangan bersama pihak pengurusan sekolah dan Jemaah Nazir

Sunday, 16 February 2014

Pasukan Bola Jaring SKRP Naib Johan Peringkat Daerah Kemaman

16 Feb 2014 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring sekolah yang berjaya merangkul naib johan peringkat daerah Kemaman yang telah diadakan pada 12 dan 13 Februari 2014 bertempat di SMK Kijal. Pada perlawanan akhir pasukan SKRP bertemu dengan SK Ceneh Baru dengan kekalahan tipis iaitu 12-13.Tahniah juga diucapkan kepada jurulatih pasukan bola jaring dan guru-guru pengiring.

SKRP BOLEH..!

Monday, 10 February 2014

Majlis Temu Murni Ibu Bapa dan Penjaga Calon UPSR 2014

Majlis Temu Murni Ibu Bapa dan Penjaga Calon UPSR 2014

Tarikh : 9 Februari 2014 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Ruang Legar Utama SKRP
Perasmian : Puan Guru Besar,Puan Hajah Khadijah

Aturcara :

10.00 pagi  - Pendaftran Ibubapa/Penjaga
10.30 pagi  - Bacaan doa
                     Ucapan Pengerusi Majlis
                     Ucapan Guru Besar
                     Ucapan YDP PIBG
                     Lafaz Akujanji Calon-calon UPSR
                     Sesi Soal jawab
                     Jamuan








Sunday, 9 February 2014

Pertandingan Bola Jaring Peringkat PKG Kemasik

9 Februari 2014 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring sekolah yang telah mendapat juara peringkat PKG Kemasik yang diadakan pada 5 - 6 Februari 2014 bertempat di SK Kg Baru Kerteh. Pasukan bola jaring telah berjaya ke peringkat akhir bertemu dengan pasukan bola jaring SK Pengkalan Ranggon dengan mata 26-19.Dengan ini pasukan bola jaring sekolah layak ke peringkat daerah yang akan diadakan tidak lama lagi. Tahniah juga diucapkan pengurus pasukan bola jaring sekolah Cikgu Fatimah Muda,Cikgu Wan Suria dan jurulatih bola jaring Cikgu Murni Kartika yang tidak jemu memberi latihan dan tunjuk ajar dan juga kepada semua guru SKRP yang memberi sokongan kepada pasukan bola jaring semasa perlawanan diadakan.SKRP boleh..!