9 Februari 2014 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring sekolah yang telah mendapat juara peringkat PKG Kemasik yang diadakan pada 5 - 6 Februari 2014 bertempat di SK Kg Baru Kerteh. Pasukan bola jaring telah berjaya ke peringkat akhir bertemu dengan pasukan bola jaring SK Pengkalan Ranggon dengan mata 26-19.Dengan ini pasukan bola jaring sekolah layak ke peringkat daerah yang akan diadakan tidak lama lagi. Tahniah juga diucapkan pengurus pasukan bola jaring sekolah Cikgu Fatimah Muda,Cikgu Wan Suria dan jurulatih bola jaring Cikgu Murni Kartika yang tidak jemu memberi latihan dan tunjuk ajar dan juga kepada semua guru SKRP yang memberi sokongan kepada pasukan bola jaring semasa perlawanan diadakan.SKRP boleh..!
Sunday, 9 February 2014
Sunday, 26 January 2014
Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014
Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014
Tarikh : 23 Jan 2014 (Khamis)
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Ruang Legar SKRP
Tarikh : 23 Jan 2014 (Khamis)
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Ruang Legar SKRP
Thursday, 23 January 2014
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Sekolah
Tarikh : 21 Januari 2014
Tempat : Ruang Legar SKRP
Perasmian oleh : Puan Hajah Khadijah bt Sulaiman (Guru Besar SKRP)
Aturcara majlis :
7.30 - 8.00 pagi : Perhimpunan pagi
: Ucapan pengerusi majlis
: Nyanyian 3 buah lagu
: Bacaan ayat-ayat suci Alquran
: Ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar
8.00 - 9.00 pagi : Perarakan
9.00 - 10.00 pagi : Ceramah maulidur rasul
10.00 - 10.30 pagi : Rehat
10.30 - 11.30 : Pertandingan selawat
11.30 - 12.30 tghari : Pertandingan
- Kuiz (Tahap 2)
- Mewarna / Menulis Jawi cantik (Tahap 1)
12.30 - 1.10 tghari : Penyampaian hadiah
Bersurai

Wednesday, 8 January 2014
Pelaksanaan 1Bestarinet.net dan Program Frog VLE di sekolah
PENGENALAN
Persekitaran
Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran
berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan
mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi
tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat
menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses
berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir
sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh
dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan
cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah
ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu kursus Program Frog VLE kepada semua guru SK Rantau Petronas pada musim cuti sekolah baru-baru ini.Susulan dari itu, pihak sekolah telah melantik Cikgu Mohd Badrul Hisyam b Sulong sebagai Penyelaras FROG VLE sekolah untuk memastikan program 1Bestari.net berjalan dengan lancar. Diharapkan guru-guru dapat mengemaskini laman frog masing-masing untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran di sekolah sebagai medium pembelajaran alam maya bersama-sama dengan murid-murid.
Untuk murid-murid, pertandingan Word Mania telah diperkenalkan oleh pihak 1Bestari.net sebagai medium pembelajaran dan telah melancarkan Word Mania Malaysia Challenge kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah.Bermula 2- 12 Januari 2014 bermulanya tarihk pendaftaran ,pusingan pertama13-26 Jan,pusingan kedua 27Jan - 9 Feb 2014 dan tarikh tutup pertandingan adalah pada 23 Februari 2014.Para pemenang akan diumumkan pada 26-27 Feb 2014. Maklumat lanjut mengenai Word Mania Malaysia boleh didapati di laman sesawang ini Word Mania Malaysia Challenge 2014

![]() |
| Cikgu Badrul sedang memberi penerangan |
![]() |
| Kursus Frog VLE sedang dijalankan di makmal sekolah |
Subscribe to:
Posts (Atom)