8 Feb 2013 -Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari Khamis ,7 Feb 2013 dan disambut dengan sederhana oleh warga SKRP. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh murid tahun 6 diikuti selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Majlis dirasmikan oleh Puan Guru Besar, Puan Hajah Khadijah Sulaiman dan diikuti persembahan nasyid dan sajak oleh murid Pra sekolah. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sambutan antaranya perarakan, ceramah agama , tayangan video (Tahap 1,2 & 3),pertandingan melukis poster dan juga pertandingan menulis jawi.
Friday, 8 February 2013
Perasmian Entri Model Qalam, Replika Kebitaraan B.Inggeris dan Skuasy,dan Majlis Perpisahan
7 Feb 2013 (Khamis)- Sekolah telah mengadakan satu majlis perasmian replika kebitaraan dan entri Model Qalam. Turut hadir ke majlis tersebut ialah YDP PIBG SK Rantau Petronas, Tuan Haji Ir Nazarudin b Ahmad, PK Pentadbiran SMK Rantau Petronas , Pn Hajah Helmiyah bt Md Din dan PK Koko SMK Rantau Petronas , YM Raja Zainarabidin b Raja Zailon . Turut diraikan dalam majlis tersebut ialah mantan PK Petang , YM Ku Ariffin b Che Ku Puteh dan Cikgu Zaliha bt Mansor (Tidak dapat hadir) meraikan majlis perpisahan pertukaran ke sekolah baru.
Tuesday, 5 February 2013
Majlis Temu Murni IbuBapa/Penjaga Calon UPSR 2013
Majlis Temu Murni untuk calon UPSR Tahun 6 2013 telah diadakan pada 4 Feb 2013 (Isnin) bertempat di Ruang Legar Utama SK Rantau Petronas. Majlis perasmiaan disempurnakan oleh YDP PIBG SKRP. Turut hadir pada majlis tersebut ialah ibubapa dan penjaga calon UPSR 2013.
Tuesday, 1 January 2013
Selamat Memulakan Sesi Persekolahan 2013
Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga SKRP 2013. Selamat datang diucapkan kepada murid-murid Tahun 1 dan Pra Sekolah yang berjaya ditempatkan di SKRP. Permulaan tahun 2013 diharapkan berjalan dengan lancar dan teratur. Semoga tahun 2013 membawa lebih kejayaan dan kegemilangan kepada semua warga SKRP. Insyaallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)




