Wednesday 10 April 2013

Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Kemaman 2013

9 April 2013 - Karnival Bahasa Inggeris peringkat daerah Kemaman telah diadakan di SMK Ceneh Kemaman pada hari Selasa. SK Rantau Petronas layak ke peringkat daerah selepas mendapat tempat pertama dan kedua pada peringkat PKG Kemasik dalam acara Action Song (tempat ke-2 PKG) , Story Telling (tempat ke-1 PKG) dan Public Speaking (Tempat ke-1 PKG).

Pada peringkat daerah Kemaman pula,SK Rantau Petronas telah berjaya meraih Naib Johan dalam acara Action Song dan Story Telling dan Johan dalam acara Public Speaking melalui adik Mohd Aqeel (Tahun 6).Beliau akan mewakili daerah Kemaman untuk ke peringkat negeri Terengganu.Tahniah diucapkan kepada semua peserta SKRP dan guru-guru yang bertungkus lumus melatih peserta sehingga ke peringkat negeri.Syabas SKRP..!


Para peserta menerima hadiah


Bersama cikgu-cikgu pengiring