Monday 20 April 2015

Lawatan Penanda Aras SK Convent 2 Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Program : Lawatan Penanda Aras SK Convent (2) Bukit Nanas ke SK Rantau Petronas
Tarikh : 19 April 2015
Hari : Ahad
Masa : 10.30 pagi
Bil. Guru : 10 orang
Bil. Pelajar : 65 orang

SK Rantau Petronas telah menerima kunjungan lawatan penanda aras dari SK Convent (2) Bukit Nanas Kuala Lumpur pada 19 April yang lalu.  Lawatan ini diketuai oleh Puan Guru Besar SK Convent (2) Bukit Nanas Puan Hajah Siti Rokiah bt Salleh, guru-guru, murid-murid dan juga Ahli Jawatankuasa PIBG SK Convent (2) B.Nanas. Antara objektif lawatan penanda aras ini adalah untuk memperluaskan jaringan di antara pelbagai sekolah. Murid-murid SK Convent (2) Bukit Nanas juga membuat persembahan 'choral speaking' dan persembahan tarian. 

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan dan kehadiran SK Convent 2 Bukit Nanas ke sekolah kami dan berharap hubungan jaringan antara dua sekolah akan terus berkekalan.









No comments:

Post a Comment