Monday 2 March 2015

Makluman : Pendaftaran Murid Tahun 1 Bagi Sesi 2016 dan 2017

Makluman :

Pendaftaran Murid Tahun 1 Bagi Sesi 2016 dan 2017

Dengan hormatnya dimaklumkan ibubapa/penjaga murid SK Rantau Petronas yang mempunyai anak lahir pada 2.1.2009 - 1.1.2010 dan 2.1.2010 - 1.1.2011 serta tinggal di kawasan tadahan iaitu Perumahan Rantau Paya, Perumahan Rantau Bukit, Perumahan Rantau Laut dan Kawasan Sungai Mak Ikar untuk diterima masuk ke SK Rantau Petronas.

Urusan Pendaftaran bermula pada 1 MAC 2015- 31 MAC 2015 di pejabat sekolah (Hari bekerja sahaja).
Sila bawa bersama salinan dokumen berikut :

1. Sijil lahir murid dan salinan fotostat
2. Kad Pengenalan ibubapa dan salinan fotostat
3. Surat Nikah dan salinan fotostat
4. Bil eletrik/air (untuk pengesahan alamat)

Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

No comments:

Post a Comment