Monday 17 November 2014

Hari Terbuka SK Rantau Petronas 2014

Program : Hari Terbuka SK Rantau Petronas 2014
Tarikh : 13 Nov 2014
Hari : Khamis
Masa : 10.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat : Persiaran SK Rantau Petronas









Pada 13 November 2014 iaitu pada hari Khamis yang lalu SK Rantau Petronas dengan kerjasama PIBG SK Rantau Petronas telah mengadakan Hari Terbuka SKRP 2014 bertempat di perkarangan sekolah. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta dan juga orang awam telah menyertai Hari Terbuka tersebut.Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dengan kehadiran ibubapa dan orang awam ke Hari Terbuka SKRP. Pelbagi gerai jualan dan ruang pameran telah berjaya dibuka pada hari tersebut.

 Hari Terbuka SKRP 2014 yang dirancang ini merupakan program julung kali diadakan di sekolah.Program ini melibatkan seluruh warga sekolah.Program ini adalah salah satu usaha pihak  sekolah dan PIBG untuk mendekatkan masyarakat dengan sekolah.Agensi-agensi kerajaan yang dijemput diharap dapat memberi manfaat  yang berguna kepada seluruh warga sekolah dan PIBG. Gerai-gerai jualan yang menyertai program ini sedikit sebanyak dapat menjana  pendapatan bersama dan seterusnya dapat mengisi tabung kewangan SKRP. Antara objektif diadakan Hari Terbuka SKRP 2014 ialah :


1. Merapatkan silaturahim seluruh warga sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.

2. Menanam minat berniaga dan berusaha memajukan  diri kepada murid.

3. Mendedahkan maklumat yang berguna kepada seluruh warga sekolah dan masyarakat yang terlibat.

4. Menambah dana kewangan PIBG.

 

















No comments:

Post a Comment