Thursday 23 October 2014

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sempena Karnival Pendidikan Terengganu Tahun 2014

Program : Anugerah Kecemerlangan Pendidikan  
                Sempena Karnival Pendidikan Terengganu Tahun 2014
Tarikh    : 20 Oktober 2014
Hari       : Isnin
Tempat  : Stadium Negeri, Jalan Sultan Mahmud Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada SK Rantau Petronas kerana telah berjaya memperoleh 2 anugerah sempena Karnival Kecemerlangan Pendidikan Terengganu Tahun 2014. Pihak sekolah telah menerima Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam UPSR 2013 (Anugerah Sekolah Melepasi 20% Semua A UPSR 2013) dan juga Anugerah Khas Kokurikulum Pengurusan /Sumbangan /Pencapaian Sekolah Dalam aktiviti Kokurikulum Peringkat Daerah dan Negeri (Kategori Sekolah Rendah). 

Majlis Penyampaian anugerah kecemerlangan ini telah disampaikan oleh Y.A.B Dato' Ahmad Razif b Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu . Penolong Kanan Pentadbiran ,Cikgu Azhar b Hamad dan Cikgu Zaibidi Hashim ,Penolong Kanan Kokurikulum telah mewakili Puan Guru Besar menerima anugerah tersebut.Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja SKRP yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum terus unggul dan akan terus cemerlang gemilang pada masa-masa hadapan.


No comments:

Post a Comment