Monday 28 April 2014

Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2014

Program : Perkhemahan Unit Berunifrom peringkat SK Rantau Petronas 2014
Tarikh    : 23 - 25 April 2014
Hari       : Rabu - Jumaat
Tempat  : SK Rantau Petronas

Satu perkhemahan unit beruniform telah diadakan pada 23-25 April yang lalu bertempat di ruang belakang SK Rantau Petronas. Perkhemahan tersebut melibatkan semua unit beruniform sekolah iaitu Pengakap,Tunas Puteri ,Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah.Semua murid Tahun 4 hingga 6 terlibat dalam perkhemahan tersebut. 

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan iaitu aktiviti mendirikan khemah masing-masing,membina istana pasir,membina panji,ikatan,kembara malam,latihan kawad kaki bersama Bomba Kerteh,Pertolongan Cemas bersama Klinik Kerteh, Pertandingan memasak Telur dalam limau Sunkist,Sukaneka dan juga Persembahan berkumpulan.Acara kemuncak perkhemahan adalah pengumuman markah keseluruhan Unit Beruniform terbaik Perkhemahan 2014 iatitu jatuh kepada Tunas Puteri sekolah.Tahniah diucapkan.










No comments:

Post a Comment