Friday 8 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H Peringkat Sekolah

8 Feb 2013 -Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari Khamis ,7 Feb 2013 dan disambut dengan sederhana oleh warga SKRP.  Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh murid tahun 6 diikuti selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Majlis dirasmikan oleh Puan Guru Besar, Puan Hajah Khadijah Sulaiman dan diikuti persembahan nasyid dan sajak oleh murid Pra sekolah. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sambutan antaranya perarakan, ceramah agama , tayangan video (Tahap 1,2 & 3),pertandingan melukis poster dan juga pertandingan menulis jawi.