Thursday 30 August 2012

Sambutan MerdekaRaya 2012

30 Ogos 2012 - Sekolah telah mengadakan sambutan Merdeka Raya pada hari Rabu yang lalu. Sambutan merdeka raya disambut meriah oleh warga SKRP.Pelbagai acara dan persembahan oleh murid-murid telah dijalankan sepanjang berlangsungnya sambutan merdeka raya.

Murid-murid SKRP berkumpul di Ruang Legar Utama

Guru-guru melaungkan merdeka sebanyak tiga kali
Murid-murid turut melaungkan merdeka

Salah seorang murid Tahun 5 bergaya dengan busana raya dan  merdeka
Perarakan merdeka

Jamuan raya guru-guru 

Murid-murid Prasekolah menunjukkan bakat menyanyi lagu hari raya dan merdeka




Sunday 5 August 2012

PENGUMUMAN : Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR dan OTI 4 2012

Berikut merupakan jadual peperiksaan Percubaan UPSR 2012 dan jadual OTI 4 Tahun3, 4 dan 5 2012.

Tarikh : 7 - 9 OGOS 2012
Hari : Selasa - Khamis

Jadual Percubaan UPSR 2012
Jadual Ujian OTI 4 Tahun 4 dan 5
Jadual Ujian OTI 4 Tahun 3


Selamat Maju Jaya..


Wednesday 1 August 2012

Pengumuman : Pengesahan Pendaftaran Murid Tahun 1 2013

Perhatian kepada ibubapa yang telah membuat permohonan pendaftaran kemasukan tahun 1 2013 ke SK Rantau Petronas dan telah mendapat surat kelulusan penempatan,tuan / puan diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak tuan/puan di sekolah yang telah diluluskan mulai dari 1hingga 30 Ogos 2012. Sila bawa bersama surat kelulusan semasa membuat urusan pengesahan.

Sekiranya tuan/puan ingin membuat rayuan terhadap penempatan yang telah diluluskan atau ingin memohon pertukaran sekolah,tuan/puan hendaklah mengisi borang rayuan/pertukaran sekolah (RPS) yang boleh diperolehi di sekolah. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Guru Besar SKRP selewat-lewatnya pada 30 September 2012. 

Terima Kasih.