Perhatian kepada ibubapa yang telah membuat permohonan pendaftaran kemasukan tahun 1 2013 ke SK Rantau Petronas dan telah mendapat surat kelulusan penempatan,tuan / puan diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak tuan/puan di sekolah yang telah diluluskan mulai dari 1hingga 30 Ogos 2012. Sila bawa bersama surat kelulusan semasa membuat urusan pengesahan.
Sekiranya tuan/puan ingin membuat rayuan terhadap penempatan yang telah diluluskan atau ingin memohon pertukaran sekolah,tuan/puan hendaklah mengisi borang rayuan/pertukaran sekolah (RPS) yang boleh diperolehi di sekolah. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Guru Besar SKRP selewat-lewatnya pada 30 September 2012.
Terima Kasih.