Thursday 19 July 2012

Program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan Sultan Mizan

16 Julai 2012 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan sekolah mewakili daerah Kemaman telah berjaya merangkul johan bagi kategori Smart English sempena Program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan baru-baru ini. Pasukan sekolah sebelum ini telah berjaya menjadi johan di peringkat PKG Kemasik dan peringkat daerah Kemaman. Sultan Terengganu,Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli menyampaikan hadiah kepada para pemenang di majlis penutupan dan pengurniaan hadiah di Taman Tamadun Islam (TTI).