Sunday 17 June 2012

Karnival Pendidikan Prasekolah PKG Kemasik

17 Jun 2012 - Adik-adik cilik pra sekolah SK Rantau Petronas telah menyertai Karnival Pendidikan Prasekolah yang diadakan di SK Kijal pada 14 Jun (Khamis) yang lalu. Pelbagai acara  dipertandingkan     sepanjang berlangsungnya karnival tersebut. Antaranya pertandingan futsal, pertandingan senamrobik,pameran (booth),dan pertandingan mewarna. Karnival Prasekolah dimeriahkan dengan penyertaan prasekolah peringkat PKG Kemasik. 










Prasekolah SK Rantau Petronas telah menghantar pasukan futsal dan senamrobik. Walaupun tidak memenangi sebarang hadiah, adik-adik cilik ini gembira dan sentiasa bersemangat sepanjang berlangsungnya karnival tersebut. Karnival Prasekolah berakhir dengan majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah pada pukul 4.00 petang.