17 Jun 2012 - Adik-adik cilik pra sekolah SK Rantau Petronas telah menyertai Karnival Pendidikan Prasekolah yang diadakan di SK Kijal pada 14 Jun (Khamis) yang lalu. Pelbagai acara dipertandingkan sepanjang berlangsungnya karnival tersebut. Antaranya pertandingan futsal, pertandingan senamrobik,pameran (booth),dan pertandingan mewarna. Karnival Prasekolah dimeriahkan dengan penyertaan prasekolah peringkat PKG Kemasik.
Sunday, 17 June 2012
Program Mesra bersama YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia
16 Jun 2012 (Sabtu) -Seramai 15 orang ahli Kelab Kebudayaan SK Rantau Petronas telah membuat persembahan bersama kumpulan penari dari Akademi Tatihseni Malaysia yang diketuai penyanyi Noraniza Idris bersempena Program Mesra bersama YAB Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Pekan Pantai Kerteh. Ahli Kelab Kebudayaan sekolah sebelum ini telah menjalani latihan menari di Institut Kemahiran Belia Negera (IKBN) di Kemasik di bawah kelolaan Akademi Tatihseni Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)