Saturday 28 April 2012

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform

27 April - Satu perkhemahan tahunan unit beruniform telah diadakan di belakang sekolah (padang)  selama 2 hari iaitu 25-27 April 2012. Semua murid Tahap 2 , Tahun 4 hingga 6 terlibat dalam perkhemahan ini. Pelbagai akitiviti telah diadakan sepanjang perkhemahan tersebut.Antaranya, membina istana pasir, kembara malam,membina panji secara berkumpulan, program membersihkan pantai belakang sekolah bersama MEKAR dan PETRONAS,sukaneka,latihan kawad kaki, memcipta model binaan berasaskan barangan kitar semula.