Sunday 26 February 2012

Kem Ibadah Tahun 6 2012

Pada 23 dan 24 Februari yang lepas, Panitia Agama Islam telah menganjurkan Kem Ibadah Tahun 6 selama 2 hari bertempat di SK Rantau Petronas. Semua pelajar Tahun 6 yang beragama Islam menyertai Kem Ibadah ini. Penceramah didatang khas dari Kuala Terengganu iaitu Group Ayah We; Ustaz Muhammad bin Ibrahim (Guru Kaunseling SK Sultan Sulaiman 1) dan dari PPD Marang.