Tuesday 19 July 2011

Lawatan Penanda Arasan SK Pasir Raja, Dungun

19 Julai 2011 - Sk Rantau Petronas telah menerima kunjungan lawatan dari SK Pasir Raja, Dungun Terengganu.Seramai 18 murid Tahun 6 dan juga diiring oleh Guru Besar dan Guru-guru yang mengajar murid tahun 6. Antara aturcara  Majlis Temu Mesra Guru dan Pelajar UPSR SKRP dan SK Pasir Raja adalah seperti berikut

                           9.00pg  -      Ketibaan guru dan murid SK Pasir Raja,Dungun
                           9.30pg  - Sesi bergambar
                                       - Sesi Taklimat di Balai Sidang
                               -       Ucapan Pengerusi Majlis
                               -       Ucapan Guru Besar
                               -       Taklimat Unit UPSR
                               -       Sesi soal jawab
                               -       Jamuan
                               -       Lawatan ke bilik darjah
                               -       Sesi Motivasi oleh Cikgu Mohmad Soffian
                               -       Bersurai









Wednesday 13 July 2011

Latihan Kawad Kebakaran






Unit Bimbingan dan Kaunseling yang dipimpin oleh Cg. Hasriezawati telah menganjurkan program Latihan Kawad Kebakaran pada 20 Jun 2011. Program ini dijalankan dengan kerjasama Pasukan Bomba dan Penyelamat Kerteh.

Pegawai Bomba KP 17 Encik Mohd Nazri Ahmad telah menyampaikan ceramah mengenai pengungsian bangunan. Penyampaian yang disertakan dengan tayangan video berjaya menarik perhatian murid.

Sebelum itu, kira-kira pukul 8.30 pagi semua murid dan guru telah dikejutkan dengan bunyi loceng kecemasan. Semua warga SKRP berkumpul di tempat yang ditetapkan iaitu di kawasan hadapan sekolah.

Pasukan Bomba dan Penyelamat juga telah menunjukan demonstrasi memadam kebakaran. Murid-murid juga diberi peluang untuk menaiki kereta bomba.

Anugerah Sekolah






























Tuesday 12 July 2011

Pertukaran Guru Bahasa Inggeris

20 Jun 2011 - SKRP kehilangan seorang guru Bahasa Inggeris iaitu Teacher Fadhilah Bt Abdul Hamid. Beliau telah bertukar ke Selangor bermula pada 13 Jun 2011 kerana mengikut suami.

Beliau seorang guru yang sangat berdedikasi dan aktif dalam semua aktiviti sekolah. SKRP mengucapkan terimakasih atas semua sumbangannya kepada sekolah. Semoga beliau berbahagia bersama keluarga dan sekolah yang baharu.


Program Menandatangani Buku Pelaporan PLBS dan Adab Belajar

Semua ibu bapa dan penjaga murid dijemput menghadiri Progam Menadatangan Buku Pelaporan PLBS dan Adab Belajar sebagaimana berikut :-

Tahun 1,4, 5 dan 6

Tarikh : Ahad 26 Jun 2011
Masa : 10.40 pagi - 1.10 Petang
Tempat : Kelas masing-masing

Tahun 2 dan 3

Tarikh : Ahad 26 JUn 2011
Masa : 1.20 Petang - 3.10 petang
Tempat : Kelas masing-masing

Kehadiran tuan/puan adalah dialukan.

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Daerah Kemaman




Seramai 26 orang murid SKRP telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Daerah yang diadakan di SK Sultan Ismail Kemaman pada 25 Jun 2011. Jurulatih dan guru pengiring iaitu Cikgu Nuramalina bt Husin, Cikgu Fadhilah Bt Abdul Aziz serta Cikgu Hazriezawati telah membuat persediaan yang sewajarnya seperti latihan kawad dan taklimat. Mereka telah berjaya menggondol Naib Johan dalam pertandingan itu. Warga SKRP mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan ini.

Monday 11 July 2011

Bengkel Pengurusan Laman Web Sekolah SBT


Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas telah tercalon sebagai sekolah SBT band 1.Seramai 13 buah sekolah di negeri Terengganu telah terpilih Justeru itu pihak JPNT telah mengambil inisiatif untuk memperkemaskan lagi laman web sekolah masing-masing dengan mengadakan bengkel kepada EIO sekolah.

VISI DAN MISI