Tuesday 12 July 2011

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Daerah Kemaman




Seramai 26 orang murid SKRP telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Daerah yang diadakan di SK Sultan Ismail Kemaman pada 25 Jun 2011. Jurulatih dan guru pengiring iaitu Cikgu Nuramalina bt Husin, Cikgu Fadhilah Bt Abdul Aziz serta Cikgu Hazriezawati telah membuat persediaan yang sewajarnya seperti latihan kawad dan taklimat. Mereka telah berjaya menggondol Naib Johan dalam pertandingan itu. Warga SKRP mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan ini.

No comments:

Post a Comment