Sunday 2 October 2011

SK RANTAU PETRONAS Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5



Sekalung tahniah diucapkan kepada SK Rantau Petronas kerana berjaya diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5 Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis penganugerahan dan pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan diadakan di Hotel Crystal Crown ,Petaling Jaya . Majlis ini yang diadakan selama 5 hari dihadiri oleh Guru Besar,Pengetua dan Ketua Pembantu Tadbir sekolah masing-masing. Penganugerahan ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia , Dr.Hj Zahri b Aziz.


Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada sekolah-sekolah terutamanya sekolah di negeri Terengganu yang berjaya diiktiraf sebagai  Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi fasa 5 iaitu SK Rantau Petronas (Kemaman), SK Dusun (Hulu Terengganu), SK Seri Berang (Hulu Terengganu), SMK Mak Lagam (Kemaman), SM Sains Kuala Terengganu (Kuala Terengganu), SM Sains Integrasi Batu Rakit (Kuala Terengganu), SM Agama Atas Sultan Zainal Abidin (Kuala Terengganu) dan SM Imtiaz Kuala Terengganu.


 



No comments:

Post a Comment