Saturday, 2 December 2017
Friday, 1 September 2017
Thursday, 31 August 2017
Kuiz Denggi Patrol 2017 ..... Jom Sertai Kuiz Ini
http://www.denguepatrol.com.my/bahan.php
Assalamualaikum......Mohon semua rakan FB untuk menyertai kuiz dengue patrol ini sebagai tanda sokongan kepada SKRP dalam pertandingan ini. Caranya sangat mudah....
1. klik link ini : http://www.denguepatrol.com.my/bahan.php
2. Masukkan jantina dan tahun kelahiran anda
3. Jawab 10 soalan kuiz
4. Tebus sijil anda (Ikuti arahan dibawah sebelum mengisi maklumat pada sijil)
Untuk Murid : Sebelum masukkan nama, sila letakkan kod TER6 dan diikuti dengan nama murid
Untuk Ibubapa/Guru/Org Awam : Sebelum masukkan nama, sila letakkan kod TERB6 dan diikuti dengan nama masing-masing
Assalamualaikum......Mohon semua rakan FB untuk menyertai kuiz dengue patrol ini sebagai tanda sokongan kepada SKRP dalam pertandingan ini. Caranya sangat mudah....
1. klik link ini : http://www.denguepatrol.com.my/bahan.php
2. Masukkan jantina dan tahun kelahiran anda
3. Jawab 10 soalan kuiz
4. Tebus sijil anda (Ikuti arahan dibawah sebelum mengisi maklumat pada sijil)
Untuk Murid : Sebelum masukkan nama, sila letakkan kod TER6 dan diikuti dengan nama murid
Untuk Ibubapa/Guru/Org Awam : Sebelum masukkan nama, sila letakkan kod TERB6 dan diikuti dengan nama masing-masing
Tuesday, 2 May 2017
Saturday, 25 February 2017
Tuesday, 14 February 2017
Monday, 6 February 2017
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH
TARIKH : 5 FEBRUARI 2017
TEMPAT : RUANG LEGAR PERDANA SKRP
PESERTA : MURID-MURID TAHUN 1, 2, 3, 4, 5 DAN 6
1.0 PENDAHULUAN
Kejayaan
seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua pelajar cemerlang
menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan
semasa guru mengajar. Justeru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas
dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke
sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan sebaliknya
pelajar yang tidak hadir tidak akan mendapat apa-apa.
Kevin Paul (1996)
menyatakan bahawa,
"in every bad class there is something to be learned,
but not if you aren't there"
but not if you aren't there"
Di
dalam Islam menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu amat besar pahalanya dan
orang yang menghadirkan diri dalam majlis ilmu akan mendapat keampunan Allah.
Malah apa yang lebih membimbangkan ialah pelajar yang tidak hadir ke sekolah
atau ponteng sering pula terlibat dengan pelbagai masalah atau gejala sosial
yang lain seperti melepak, mencuri, merokok, berpeleseran dan sebagainya.
Selaras
dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama dengan Polis
DiRaja Malaysia (PDRM) telah melancarkan program Jom ke Sekolah serentak di
seluruh negara pada hari ini .Program ini bertujuan memperkasakan lagi
kehadiran murid ke sekolah dengan menghindari gejala ponteng dan salah laku
disiplin dan jenayah. Majlis pelancaran dimulakan dengan semua guru dan
murid-murid mengambil tempat di dataran perdana sekolah. Perhimpunan dimulai
dengan nyanyian lagu-lagu patriotik, ikrar murid, membaca perutusan Ketua Polis
Negara yang dibacakan oleh Sarjan Abdul Rani Bin Sagap, membaca Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang dibacakan oleh Guru Besar SK. Rantau Petronas, Pn. Khadijah Binti Sulaiman, Pelancaran dan
penyerahan peti aduan.
Program
Jom Hadir ke Sekolah perlu ditangani oleh semua pihak terutama ibu bapa dan
pimpinan masyarakat, bukannya pihak sekolah dan polis sahaja. Sekolah-sekolah
yang dikenalpasti mencapai peratus kehadiran rendah, ponteng yang tinggi dan
salah laku disiplin tinggi perlu diberi fokus.
2.0 RASIONAL
Sering
kali kita perhatikan bahawa pelajar-pelajar yang lemah dan gagal dalam
peperiksaan merupakan golongan pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah.
Dapatan ini menunjukkan bahawa jumlah yang tidak hadir ke sekolah kian merumit
saban tahun. Jumlah peratus pelajar yang tidak hadir ini tentulah pula akan
turut menyumbang kepada peratus penurunan kecemerlangan akademik pelajar kerana
walaupun sekolah mengadakan pelbagai program ke arah peningkatan akademik
pelajar tetapi usaha tersebut tidak sampai kepada sasaran yang sebenar disebabkan
mereka tidak hadir ke sekolah. Justeru, program Jom Ke Sekolah ini diharapkan
akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan kita semua dalam membantu
kecemerlangan sekolah dengan memaksimakan jumlah kehadiran pelajar ke sekolah.
Thursday, 19 January 2017
MAJLIS PELANCARAN GURU PENYAYANG DAN
PROGRAM MENTOR MENTEE
TARIKH : 18 JANUARI 2017
TEMPAT : RUANG LEGAR PERDANA SKRP
PESERTA : MURID-MURID TAHUN 1, 2, 3, 4, 5 DAN 6
Salam kasih sahabat, pada hari ini,Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas telah melancarkan Program Guru Penyayang dan Mentor Mentee.Terima kasih kepada Tn Hj Roshali,pegawai PPD Daerah Kemaman kerana sudi merasmikan program kami. Kredit kepada pihak pentadbir terutamanya Unit Hem dibawah PK HEM,Datin Hjh Rusnani Mohd Yusuf, Penyelaras Program Cikgu Hasrizawati Binti Kamaruddin, para guru yang penyayang dan anak-anak didik yang bermotivasi. Anda permata hati kami.
Pelaksanaan amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Guru penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Justeru, adalah diharapkan setiap guru menghayati konsep guru penyayang selaras dengan objektif pelaksanaan Amalan Guru Penyayang seperti berikut:
1. Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru;
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah;
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah; dan
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah;
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah; dan
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah
Amalan Guru Penyayang dilaksanakan secara berterusan agar menjadi budaya guru di sekolah. Amalan guru penyayang ini dilaksanakan dengan menekankan kepada tiga aktiviti berikut:
a. mengalu-alukan kehadiran murid
b. memberi penghargaan kepada murid
c. program mentor mentee
a. mengalu-alukan kehadiran murid
b. memberi penghargaan kepada murid
c. program mentor mentee
Subscribe to:
Posts (Atom)