Thursday 18 October 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN SUKANEKA KALI KE-8 SK RANTAU PETRONAS

8 Oktober 2012 - Kejohanan sukan dan olahraga peringkat sekolah telah diadakan pada 8 Oktober 2012 (Isnin) bertempat di padang SKRP. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDP PIBG ,Tuan Hj.Ir Nazaruddin b. Ahmad. Semua acara sukan berlangsung dengan jayanya dan juara keseluruhan kejohanan sukan pada tahun 2012 jatuh kepada pasukan Rumah Biru.Tahniah diucapkan.




Thursday 11 October 2012

PENGUMUMAN : Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun 2012
Semua Pelajar SK Rantau Petronas



Thursday 4 October 2012

Konvensyen Doktor Muda Peringkat Daerah Kemaman

2 Oktober 2012 (Selasa) - Pasukan Kelab Doktor Muda SK Rantau Petronas telah menyertai Konvensyen Doktor Muda peringkat daerah Kemaman anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman pada 2 Okt 2012 bertempat di SMK Sultan Ismail Kemaman. Pasukan Kelab Doktor Muda telah berjaya merangkul beberapa tempat dalam kategori yang dipertandingkan.Tahniah diucapkan kepada pasukan Kelab Doktor Muda SKRP dan guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan konvensyen ini. Berikut pencapaian pasukan Kelab Doktor Muda :

                    1. Kategori Bercerita (B.Melayu)     - Johan
                    2. Kategori Bercerita (B.Inggeris)    - Johan
                    3. Kategori Buku Skrap(Buku Informasi Kesihatan)  - Johan
                    4. Kategori Kiosk (Pameran)           - Johan
                    5. Kategori Melukis Poster              - Tempat ke-3
                    6. Pertandingan Kuiz                        - Tempat ke -3