Sunday 13 February 2011

Lawatan Penanda Arasan Ke SK ZAINAB 2,Kota Bharu

Lawatan Keluar


13 Feb 2011 - SK Rantau Petronas telah mengadakan kunjungan lawatan ke sebuah sekolah berprestasi tinggi di Kota Bharu iaitu SK Zainab 2 pada 12 Februari 2011.Peserta rombongan disertai oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru serta kakitangan SK Rantau Petronas. Lawatan penanda aras ini bertujuan untuk melawat serta berkongsi ilmu,idea dan pengalaman antara SK Rantau Petronas dan SK Zainab 2.Pihak rombongan mengucapkan berbanyak berterima kasih  kepada warga SK Zainab 2 kerana sudi menerima kunjungan ini.