Sunday 26 January 2014

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014

Tarikh   : 23 Jan 2014 (Khamis)
Masa    : 12.00 tengahari
Tempat : Ruang Legar SKRP












Thursday 23 January 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Sekolah

Tarikh : 21 Januari 2014
Tempat : Ruang Legar SKRP
Perasmian oleh : Puan Hajah Khadijah bt Sulaiman (Guru Besar SKRP)

Aturcara majlis :
 7.30 - 8.00 pagi      : Perhimpunan pagi
                                : Ucapan pengerusi majlis
                                : Nyanyian 3 buah lagu
                                : Bacaan ayat-ayat suci Alquran
                                : Ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar

8.00 - 9.00 pagi      : Perarakan
9.00 - 10.00 pagi    : Ceramah maulidur rasul
10.00 - 10.30 pagi  : Rehat
10.30 - 11.30         : Pertandingan selawat

11.30 - 12.30 tghari : Pertandingan
                                    - Kuiz (Tahap 2)
                                    - Mewarna / Menulis Jawi cantik (Tahap 1)

12.30 - 1.10 tghari : Penyampaian hadiah
                               Bersurai




 


Wednesday 8 January 2014

Pelaksanaan 1Bestarinet.net dan Program Frog VLE di sekolah

PENGENALAN
 
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu kursus Program Frog VLE kepada semua guru SK Rantau Petronas pada musim cuti sekolah baru-baru ini.Susulan dari itu, pihak sekolah telah melantik Cikgu Mohd Badrul Hisyam b Sulong sebagai Penyelaras FROG VLE sekolah untuk memastikan program 1Bestari.net berjalan dengan lancar. Diharapkan guru-guru dapat mengemaskini laman frog masing-masing untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran di sekolah sebagai medium pembelajaran alam maya bersama-sama dengan murid-murid.

Untuk murid-murid, pertandingan Word Mania telah diperkenalkan oleh pihak 1Bestari.net sebagai medium pembelajaran dan telah melancarkan Word Mania Malaysia Challenge kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah.Bermula 2- 12 Januari 2014 bermulanya tarihk pendaftaran ,pusingan pertama13-26 Jan,pusingan kedua 27Jan - 9 Feb 2014 dan tarikh tutup pertandingan adalah pada 23 Februari 2014.Para pemenang akan diumumkan pada 26-27 Feb 2014. Maklumat lanjut mengenai Word Mania Malaysia boleh didapati di laman sesawang ini Word Mania Malaysia Challenge 2014

Cikgu Badrul sedang memberi penerangan

Kursus Frog VLE sedang dijalankan di makmal sekolah