Monday 23 July 2012

Pengumuman : Waktu Pembelajaran pada bulan Ramadan 1433H

Berikut merupakan sesi pembelajaran murid-murid SK Rantau sepanjang bulan Ramadan :

Pra Sekolah : (Ahad - Khamis)  Bermula dari pukul 7.40 pagi - 12.15 tghari

Tahun 1       : (Ahad - Khamis)   Bermula dari pukul 7.40 pagi - 12.15 tghari 
                      (Rabu)                  Bermula dari pukul 7.40 pagi  - 12.40 tghari


Tahun 4,5 dan 6 : (Ahad - Khamis) Bermula dari pukul 7.40 pagi - 12.40 tghari

Tahun 2 dan 3   :  (Ahad - Khamis) Bermula dari pukul 12.45 tghari - 5.30 petang

Surat hebahan perubahan jadual waktu pembelajaran sepanjang bulan ramadan telah diedarkan oleh pihak sekolah pada sesi terakhir persekolahan minggu lepas .Semoga berada dalam pengetahuan tuan/puan.

Harap maklum.

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1433H


 Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua warga SK Rantau Petronas.Bersama-samalah kita tingkatkan amalan di bulan yang mulia ini dan menjalani ibadah puasa dengan cemerlang.

Thursday 19 July 2012

Program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan Sultan Mizan

16 Julai 2012 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan sekolah mewakili daerah Kemaman telah berjaya merangkul johan bagi kategori Smart English sempena Program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan baru-baru ini. Pasukan sekolah sebelum ini telah berjaya menjadi johan di peringkat PKG Kemasik dan peringkat daerah Kemaman. Sultan Terengganu,Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli menyampaikan hadiah kepada para pemenang di majlis penutupan dan pengurniaan hadiah di Taman Tamadun Islam (TTI).












Wednesday 11 July 2012

Pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan

10 Julai 2012 (Selasa) - Pelancaran senamrobik 1Murid 1Sukan telah disempurnakan oleh Cikgu Zabidah Othman,PK HEM SK Rantau Petronas. Senamrobik ini telah dijalankan serentak di semua sekolah di Malaysia selaras dengan pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Program senamrobik ini telah mencatat Malaysia Book Of Records(MBR) melalui pembabitan lebih 3.6 juta murid  menyertai senamrobik ini. Tahniah kepada murid-murid dan warga SKRP yang bersemangat menyertai senamrobik.





Sesi pendaftaran
Perasmian oleh PK HEM
Standby.....
Semangatnya Ustazah Zaimah.... 
Angkat tangan....1..2..3.

Instructor yang manis..

Murid-murid prasekolah turut menyertai senamrobik

betul tak step tuu
Instructor senamrobik dari Kemasik dan guru petang menjadi  leader sesi
senamrobik  waktu petang
Murid-murid Sesi Petang turut menyertai senamrobik
ni kenapa berbeza gaya ni..??

Sunday 8 July 2012

RHB -NST Spell It Right Peringkat Negeri Terengganu

Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah SK Rantau Petronas yang telah berjaya merangkul tempat ke-4 dan ke-5 dalam pertandingan Spell It Right anjuran RHB dan News Straits Times yang berlangsung pada 6 Julai 2012 (Jumaat) bertempat di Terengganu Equestrian Resort (TER) baru-baru ini.