17 Jun 2012 - Adik-adik cilik pra sekolah SK Rantau Petronas telah menyertai Karnival Pendidikan Prasekolah yang diadakan di SK Kijal pada 14 Jun (Khamis) yang lalu. Pelbagai acara dipertandingkan sepanjang berlangsungnya karnival tersebut. Antaranya pertandingan futsal, pertandingan senamrobik,pameran (booth),dan pertandingan mewarna. Karnival Prasekolah dimeriahkan dengan penyertaan prasekolah peringkat PKG Kemasik.